Sunday 1 May 2011

BANK-INSTITUSI RIBA- BAHAGIAN 12

Amalan perbankan Islam yang ada sekarang bukanlah perniagaan atau jual-beli kerana tiada perbezaan "keuntungan" dan "riba". Prinsip keuntungan di dalam mana-mana entiti yang bergelar perniagaan adalah berbeza2 mengikut kualiti "produk jualan" itu sendiri, sebaliknya, keuntungan (label riba) yang diamalkan oleh bank hari ini adalah berdasarkan "jumlah wang" (pinjaman) semata-mata.

Contoh keuntungan bagi amalan perniagaan atau jual-beli:
Wira 1994/mileage 10k: Keuntungan 100% (kerana kualiti kereta baik)

Wira 1994/mileage 200k: Keuntungan 10% (kerana kualiti kereta tidak baik)

Bagi mana-mana perniagaan, kadar keuntungan akan ditetapkan berdasarkan kualiti dan jenis produk, dan bukannya berdasarkan jumlah wang.

Contoh keuntungan perbankan Islam (label riba):
Wira 1994/mileage 10k: Keuntungan 100% (kadar samarata, tanpa mengira kualiti dan jenis produk)

Wira 1994/mileage 200k: Keuntungan 100% (kadar samarata, tanpa mengira kualiti dan jenis produk)

Kadar keuntungan adalah sama dan ditetapkan mengikut jumlah wang. Malahan jika peminjam membayar 30% deposit, kadar keuntungan dikira atas baki pembiayaan 70%, dan bukan daripada keseluruhan harga kereta 100%.

Perbankan Islam yang ada di Malaysia mengira keuntungannya (label riba) berdasarkan jumlah wang (pinjaman/pembiayaan), dan bukan berdasarkan jenis dan kualiti produk jualan itu sendiri (kerana perbankan Islam tiada produk kecuali wang pinjaman).... semua keuntungan dipukul secara sama rata seperti kaedah perbankan konvensional, samada kerata buruk atau elok, samada rumah terbengkalai atau rumah elok... semua keuntungan dikira mengikut kadar yang sama dan bukan berdasarkan produk-produk jualan yang khusus. 

Kredit kepada Tuan probono, forumer Tranungkite v11

3 comments:

  1. sptutnya, stiap brg pnjmn kne amek kira kuaiti dia jugk la. mcm tu ke?? kurg phm la. pnrgn ats ni. konsep riba yg mne stu.

    ReplyDelete
  2. Keuntungan yang dimaksudkan adalah kadar faedah yang dikenakan.

    katakanlah sebuah MyVI baru bernilai RM 55k. kena bayar downpayment 5500, jumlah berbaki 49500. maka bank akan membiayai 49500 tersebut pada kadar keuntungan 4.1% setahun selama 5, 7 atau 9 tahun. katakanlah 7 tahun dengan kadar keuntungan 4.1% setahun, maka jumlah kena bayar kepada bank adalah 49500 yang dibiayai campur dengan 14206.50 kadar keuntungan maka jumlah kena bayar 63706.50 selama 7 tahun dan sebulan kena bayar 759

    bagi kenderaan terpakai yang mana kualitinya tidak diketahui, kadar keuntungan iaitu kadar faedahnya lagilah tinggi dalam mungkin 5 lebih peratus.

    katakan bagi honda civic terpakai 2006 yang bernilai terkininya 2011 adalah 65000 kadar faedahnya 5.5%. maka bank akan membiayai 58500 mungkin selama 5 tahun, dengan kadar faedah 5.5% setahun, maka kena bayar balik kat bank 58500 yang dibiayai campur kadar keuntungan 16087.50 maka jumlah kena bayar selama 5 tahun tersebut74587.50 iaitu 1244 sebulan selam 5 tahun

    nampak tak. Ini merupakan satu dasar yang mana tak boleh dipertikaikan, harga kereta terpakai lagi tinggi kadar faedahnya yang mana saudari kata perlu ikut kualiti, namun, lagi tinggi bagi kereta terpakai

    dan kadar aedah atau kadar keuntungan tersebut merupakan satu riba. Kadar keuntungan (bagi perbankan Islam) dan kadar faedah (bagi konvesional) nilaiannya adalah sama berasaskan BLR atau BFR yang ditemtukan oleh Bank Negara malaysia

    ReplyDelete
  3. 0ooooo. sy da fhm. terima ksh :)

    ReplyDelete