Wednesday, 11 May 2011

RED HERRING ISU AGAMA KRISTIAN DAN VIDEO ANWAR IBRAHIM-HARGA GULA NAIK LAGI 20 SEN

 KITA DIKEJUTKAN DENGAN KENAIKAN HARGA GULA SEBANYAK RM 0.20 SEKILOGRAM DISEBALIK ISU AGAMA KRISTIAN DAN PERDANA MENTERI BERAGAMA KRISTIAN DAN JUGA VIDEO ANWAR IBRAHIM. DALAM HAL INI, ISU AGAMA KRISTIAN DAN PERDANA MENTERI BERAGAMA KRISTIAN YANG DIMAINKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA YANG MUNGKIN BETUL ATAU TIDAK BETUL, NAMUN SENSASI DAN SENSITIF, TELAH DIGUNAKAN UNTUK MELEKAKAN RAKYAT SUPAYA BILA MASA MENAIKKAN HARGA GULA TIDAK DISEDARI RAKYAT.  INI MERUPAKAN SATU TEKNIK RED HERRING YANG TELAH DIGUNAKAN MEDIA ARUS PERDANA.
KENAIKAN HARGA GULA AKAN MENINGKATKAN HARGA MAKANAN LAIN DAN JUGA HARGA MINUMAN. DAN MERUPAKAN PETANDA KENAIKAN HARGA MINYAK RON95. 

Sumber: Malaysiakini


Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
azlan
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

No comments:

Post a Comment