Tuesday, 31 May 2011

BANK-INSTITUSI RIBA?- BAHAGIAN 15

Perjanjian Pembelian Rumah dengan Bank XXX yang Mengaku Dirinya Islam

Pelanggan dan Bank dengan ini bersetuju bahawa Pelanggan hendaklah membayar kepada Bank gantirugi bagi sebarang kelewatan ke atas ansuran bulanan yang ditetapkan pada jumlah yang bersamaan dengan kadar 1% setahun dikira berdasarkan jumlah yang perlu dibayar balik dari tarikh jumlah bayaran ansuran bulanan tersebut menjadi tertunggak........

Pihak Bank berhak menarik balik atau mengubah terma dan syarat sekiranya perlu tanpa memberitahu pihak Pelanggan terlebih dahulu

Kenapakah Bank XXX mengenakan denda atas kelewatan? Adakah denda kelewatan tersebut akan membebankan pelanggan dan merupakan satu jenis riba?

Kenapa Bank boleh mengubah terma dan syarat perjanjian tanpa persetujuan bersama dengan Pelanggan? Ini merupakan perjanjian yang kuku besi dan berat sebelah

3 comments:

  1. hal berkenaan penalti perbankan Islam
    http://zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/539-denda-lewat-bayar-di-bank-islam-riba.html

    berkenaan larangan penyelesaian awal tu, sedang cuba tanya.
    tapi mungkin:
    bank ada sasarkan tahap keuntungan minimum yang ingin dicapai.
    diingatkan juga bank islam bukan ambil riba. tapi keuntungan atas hasil jualan bertangguh (ansuran)

    kalau bank konvensional baru riba

    ReplyDelete
  2. ini berkaitan dengan BLR
    http://zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/778-bolehkah-bank-islam-guna-kadar-riba-blr.html
    agak panjang jika nak jelaskan.
    seeloknya kita cuba fahamkan.

    Saya faham perkara ini sentiasa menjadi isu.
    Sebenarnya pelaksanaan perbankan Islam tidak semudah yang disangka. Begitu juga dengan pengahsilan dan pemasaran produk. Walaupun dilihat hampir sama dengan konvensional, tapi banyak tahap dan semakan status syariah yang perlu dilakukan untuk meluluskannya.

    Dalam masa yang sama, perbankan Islam juga perlu menghadapi saingan yang sangat kuat daripada perbankan konvensional.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tuan nurfauzi atas kunjungan dan komen tuan kepada blog kami. Moga tuan dapat explore post-post lain yang berkaitan bank institusi riba post-post lain.

    ReplyDelete