Thursday, 5 May 2011

RED HERRING RELOADED-ISU VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM MENUTUP KENAIKAN MINYAK

Petrol RON 97 Naik kepada RM 2.90

Video Anwar Ibrahim yang Disensasikan untuk Red Herring Kenaikan Petrol






Petrol RON 95 yang Bakal Naik. Isu Anwar Ibrahim Terus Disensasi untuk Red Herring Kenaikan Ini






Dikenali juga sebagai: Smoke Screen, Wild Goose Chase.

 

Penerangan Mengenai Red Herring

 

Red Herring membawa erti sebuah topik tidak relevan disajikan dalam rangka untuk mengalihkan perhatian dari isu sebenar. Idea sebenarnya adalah untuk memastikan para audien dipesongkan dari perhatian kepada isu yang sebenar yang mungkin sensitif dengan mengemukakan perkara baru yang sensasi dan disukai oleh audien namun tidak langsung penting bagi audien tersebut
  • Perkara A dibahas.
  • Perkara B diperkenalkan seolah-olah relevan dengan topik A (namun Perkara B sebenarnya tidak relevan  dengan topik A).
  • Perkara A akan dilupakan
Taktik ini bukan sahaja digunapakai dalam strategi persekitaran keputusan-politik (political-decision making), malah digunakan dalam pelbagai aspek untuk tujuan melalaikan perhatian orang ramai terhadap sesuatu perkara yang lebih penting. Kesannya, minda menjadi tidak peka terhadap persoalan besar dan sebaliknya menjadi tepu terhadap persoalan-persoalan kecil yang menyesakkan. Erti kata lain, minda dilemahkan terhadap isu-isu remeh temeh yang pada dasarnya langsung tiada nilai (no-value).


Teknik red herring digunakan SEMALAMi:
  1. Petrol RON97 dinaikkan 20 sen
  2. Isu video lucah Anwar Ibrahim disensasikan
  3. kenaikkan harga petrol tidak disedari dan apabila naik teus dilupakan kerana disensasikan isu video tersebut

Dalam hal ini perkara yang lebih besar adalah kenaikan harga petrol lebih penting berbanding video tersebut kerana ia melibatkan hampir semua rakyat, dan akan menaikkan harga barangan lain terutamanya makanan manakala video tersebut samada Anwar bersalah atau tidak tidak akan memberi kesan kepada ekonomi individu atau poket kita. Namun, isu video tersebut oleh kerana sensasi telah melekakan rakyat dari persoalan sebenar kenaikan harag minyak yang boleh mengontangkan poket rakyat.

Isu itu akan terus dimainkan untuk melekakan rakyat juga dari kenaikan RON95 yang bakal menyusul beberapa hari lagi......Kita tunggu kenaikan harga RON95 pula

No comments:

Post a Comment