Monday, 16 May 2011

PETROL RON95 BAKAL NAIK

Dijangkakan kenaikan ini akan berkuatkuasa pada Sabtu ini 21 Mei 2011 atau Sabtu hadapan 28 Mei 2011. Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim yang akan diumumkan pada hari ini akan digunakan untuk RED HERRING (alih perhatian) dari isu kenaikan harga ini. Kenaikan dijangka sebanyak RM 0.10/liter

Kenaikan harga Petrol RON95 Bakal Menaikan Kos Hidup Rakyat

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2011 akan Disensasikan untuk Menutup Tembelang (RED HERRING) Kenaikan Minyak




Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/164220 Mei 16, 11 10:37am

Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95
 


Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NONEBeliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.


Sumber: Utusan Malaysia Online 15/05/2011 11:09pm

Rakyat diminta bersedia jika harga minyak naik - Ismail Sabri

PUTRAJAYA 15 Mei – Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.

Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya. - Utusan
  

Sumber: http://www.arenakereta.com/harga-petrol-ron95-bakal-dinaikkan-sedikit-masa-lagi/

Harga petrol RON95 bakal dinaikkan sedikit masa lagi?




Harga petrol RON95 ketika ini ialah RM1.90 sen seliter, namun harga ini dijangka tidak akan kekal lama. Menurut laporan, kemungkinan besar harga petrol RON95 akan dinaikkan sedikit masa lagi memandangkan harga pasarannya ketika ini ialah RM2.70 sen seliter. Jadi kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang agak tinggi iaitu 80 sen bagi setiap satu liter.

Ada pula pendapat yang mengatakan kerajaan ketika ini mengambil langkah berhati-hati untuk tidak menaikkan harga petrol RON95 kerana bimbang akan reaksi rakyat, tambahan pula tarikh  untuk mengadakan PRU13 kian hampir. Namun dapat difahami kerajaan kian terdesak untuk mengurangkan kebanyakan subsidi yang ditanggung, terbaru harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilo, dan baru-baru ini petrol RON97 dinaikkan kepada harga baru RM2.90 sen seliter.



Jika harga petrol RON95 seperti sekarang kekal sehingga diadakan PRU13, dapat dijangkakan bahawa harganya pasti akan dinaikkan selepas itu. Bayangkan jika harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen atau 30 sen, rakyat kebanyakan pasti menanggung beban dalam perbelanjaan harian. Harga barang-barang juga pasti meningkat selari dengan peningkatan kos pengangkutan.

Seperti biasa kerajaan akan memberikan alasan harga minyak di negara kita lebih murah berbanding di negara jiran, Thailand contohnya. Apa pun alasan yang diberikan, rakyat sekali lagi akan terbeban. Sistem pengangkutan awam di negara kita masih kurang efisien, jumlah pendapatan pula masih rendah bagi kebanyakan sektor pekerjaan sama ada swasta atau awam.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, sebelum ini mereka terpaksa membeli kereta dengan harga antara yang termahal di dunia, dan kini terpaksa pula membayar harga yang tinggi untuk pilihan petrol yang ada.

3 comments:

  1. asalamualaikum,

    terlebih dahulu saya bermohon maaf.

    terma red herring dalam artikel saudara tidak tepat untuk diselarikan dengan isu liwat anwar ibrahim. jika saudara mengkaji keseluruhan persekitaran (di luar dan dalam perbicaraan mahkamah) perjalanan pertuduhan liwat tersebut, saudara akan dapat melihat pihak mana yang menggunakan red herring.

    kebenaran tidak pernah memihak kepada sesiapa pun, tetapi kitalah yang harus memihak kepada kebenaran walaupun ia tidak memihak kepada kita.

    bagaimanapun, terima kasih kerana masih menyimpan artikel Umat Terakhir dalam siri Mind Game dan ia amat dihargai.

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuan kerana melayari blog ini. kami mengalu-alukan pandangan tuan di atas. terima kasih.

    Mungkin pada masa artikel ini ditulis, kami hanya nampak dari segi ini sahaja. namun setelah tuan menyedarkan kami kami barulah sedar. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Mind Game dimainkan 360 darjah. Bukan hanya 45 darjah, atau 90 darjah, bukan juga 180 darjah.

    Dalam melihat permainan Mind Game, kita tidak wajar memihak kepada sesiapa, tidak wajar memihak kepada Najib, Anwar, Hadi Awang, Lim Kit Siang atau sesiapa pun.

    Andai Anwar di atas, kita tetap di bawah. Andai Najib di atas, kita tetap di bawah. Andai Hadi Awang di atas, kita tetap juga di bawah. Andai Kit Siang di atas, kita masih di bawah.

    Jadi, tidak perlu memihak kepada sesiapa dalam menjadi pengadil dalam permainan ini. Mereka itu pemain, tetapi kita adalah pengadil, itu peranan kita dalam permainan ini.

    Hanya berlaku adil akan membuka kepada pemikiran yang sihat dan waras. Perlakuan adil itu perlu disokong dengan segala pertimbangan yang datang dari semua arah, 360 darjah.

    ReplyDelete