Friday, 6 May 2011

PEPERANGAN DARI ALLAH DAN RASULNYA

Semasa turunnya Nabi Isa a.s pada akhir zaman, Baginda akan melancarkan peperangan kepada puak pengikut Dajjal dan juga peperangan kepada penganut ideologi Dajjal iaitu pengamal riba.... Riba merupakan salah satu senjata terkuat bagi Dajjal

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: AKAN ADANYA peperangan dari Allah dan RasulNya (Nabi Isa?)......

Al-Baqarah 279
Wahyu ini merupakan wahyu terakhir kepada Rasulullah saw. beberapa hari sebelum kewafatan Baginda. Pengisytiharan perang kepada pengamal riba dalam ayat ini membawa sejurus sebelum kewafatan Rasulullah saw mungkin membawa erti bahawa peperangan memerangi pengamal riba yang merupakan pengikut Dajjal akan dipikul oleh seorang Rasul Allah yang akan menjadi umat Nabi Muhammad saw iaitu Nabi Isa a.s. atas perkataan AKAN ADANYA.

Semasa turunnya Nabi Isa a.s. akhir zaman, Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi, menghapuskan cukai dan jizyah, memerangi dan membunuh Dajjal. Baginda akan berganding bahu bersama Imam Mahdi yang merupakan keturunan Nabi Muhammad saw.

 Nabi Isa akan dipandang sebagai Anti-Christ (Dajjal bagi orang Kristian) kerana Baginda akan mematahkan salib dan mereka akan memerangi baginda kerana menyangka bahawa Nabi Isa adalah Anti-Christ.


No comments:

Post a Comment