KITA SEMUA ORANG YG TERKENA TEMPIAS KEPADA SISTEM INI secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Ini kerana kita mengamalkan riba melalui pinjaman pelajaran, pinjaman rumah dan kenderaan, kad kredit, simpanan bank, ASB dan Mutual Trust, insuran, kawalan harga kerajaan bagi makanan dikeluarkan petani, nelayan dan penternak (paksaan dengan memerah keringat pertani, nelayan dan penternak), perniagaan yang tidak mengikut rukun Islam dsbnya.
……Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi peduli darimana mereka mendapatkan harta, apakah dari usaha yang halal atau haram……
(Hadis Riwayat Bukhari)
Adakah anda tahu skop dan dosa ditanggung akibat mengamalkan riba?
1. Pemakan Riba di bawah Pengaruh Syaitan dan Kekal di Neraka
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(al-Baqarah, 275)
2. Pemakan dan pemberi Riba serta Sesiapa yang Bersubahat Diperangi dan Dilaknati Allah dan Rasul-Nya
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN DARI ALLAH DAN RASUL-NYA, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
(al-Baqarah, 279-281)
Hadis menyatakan pemberi riba, pengambil riba, perekod riba (semua lapisan pekerja bank), dan semua lapisan saksi seperti peguam, hakim, pendaftar mahkamah, saksi perbicaraan, ulama dan ustaz, pengubal undang-undang dsb adalah turut menanggung dosa riba (fungsi saksi ialah sesiapa yang mengesahkan kebenaran perjanjian riba sebagai perjanjian sah; Fatwa).
Jabir r.a. meriwayatkan: ..”Rasulullah melaknat pemakan riba, orang yang memberi riba, penulis transaksi riba dan dua orang saksinya. Mereka semuanya adalah sama”.…;
(Hadis Riwayat Muslim)
3. Dosa seperti Berzina dengan Ibu Sendiri dan Lebih Berat dari 36 Kali Zina
“…Riba itu mempunyai 70 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim)
“…Satu dirham (RM 27) yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam…”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
4. Salah Satu dari Tujuh Dosa Terbesar
.......”Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, MAKAN RIBA, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil)”……
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5. Kehilangan Berkat harta dan Kehidupan
“Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah”
( Al-Baqarah : 276 )
Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-
Di Dunia :
Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul.
Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa
(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)
Di Akhirat :
Berkatalah Ibn Abbas r.a :
Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya
( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
Oleh itu jika kita membeli rumah RM100,000 dibayar dalam 30 tahun, bank mengenakan riba sebanyak RM300,000. Maka dosa bagi riba ialah RM400,000 atau $14814.80 Dirham, iaitu dosa menyetubuhi ibu sendiri dan sebanyak 533333 kali.

No comments:
Post a Comment