Kenapa orang anggap jika gaya kebaratan/kemodenan itu bagus, unggul, sofistikated,berperadaban, macho,hebat dan terkini?
Contohnya:
1.Berpakaian suit kemas, tali leher/bow tie, satu suit dengan tuksedo, dilihat dan dianggap berprotokol, hebat bergaya, sesuai ke majlis kenamaan, berstatus tinggi,yakin,terkini dan nampak berwibawa.Pada hal Nabi RSAW tidak pun berpakaian spt itu, namun Baginda terhebat di dunia.
2.Meminum liquor, baik ianya yg nipis & tidak begitu memabukkan, spt martini, scotch, wine,brandi,lebrazi,winari dll dianggap spt ada class tersendiri? berstatus, kelihatan bergaya, ada taste, memasuki komuniti sosial yg ceria & ternama? sedangkan RSAW ajar minum air terbaik ialah ZamZam yg aneh hingga kini tak pernah kehabisan.
3.Berkereta mewah, ada brand mahal, dilengkapi peranti canggih, ada TV di dalamnya, telefon, boleh baring (limousine),ada minuman, luas ruangnya dan hebat prestasi kelajuan nya.Sedangkan RSAW ajar kenderaan yang baik ialah kenderaan yang digunakan untuk pergi ke rumah Allah yakni Masjid untuk beribadah.
Mengapa, kita sekarang ini memandang bahawa Islam itu tidak boleh bersaing dengan kecanggihan zaman, gaya, kemodenan hidup pada abad ini, lantaran orang yg telah pun Muslim sanggup murtad utk mengejar gaya hidup yang canggih ini ?
Kredit kepada Amir Ziyad, Forumer Tranungkite v11
No comments:
Post a Comment