Sunday, 17 April 2011

PEPERANGAN DARI ALLAH DAN RASULNYA KEPADA RIBA

Al-Baqarah 278-279

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).


Allah pernah melancarkan peperangan terhadap pengamal riba iaitu puak yahudi

Setelah kewafatan Nabi Sulaiman a.s., Bani Israel yang ingkar (iaitu yahudi) telah mengubahsuai kandungan Taurat mengikut kesesuaian mereka. Salah satunya adalah berkaitan riba. Mereka mengatakan adalah haram pinjam duit dengan riba kepada yahudi lain namun halal pinjam duit kepada orang bukan yahudi dengan riba. (Deuteronomy 23:20-21). Maka riba menjadi berleluasa.

maka Allah menghantarkan puak Babylon di bawah perintah maharaja Nebuchadnezzar menyerang dan memusnahkan baitulmuqaddis serta menjadikannya penduduknya hamba abdi dan dibawa ke babylon sebagai hamba kerahan.

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

Surah Al-Isra 4-5


Kali kedua yahudi juga diserang kerana membunuh nabi Zakaria, nabi Yahya dan Nabi Isa (Nabi Isa diselamatkan dan diangkat ke sisi Allah) dan juga kembali mengamalkan riba serta pernah memerangi nabi Isa kerana nabi Isa melarang riba Puak yahudi di baitulmuqaddis diserang oleh kaum Rom di bawah perintah maharaja Titus the great di mana Baitulmuqaddis dijadikan padang jarak padang terkukur,sehingga hanya tinggal satu dinding yang mana menjadi ratapan puak yahudi skang. dinding ratapan, waliling wall. rakyatnya diseksa dan dibunuh secara besar-besaran.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Surah Al-Isra 7

No comments:

Post a Comment