Permainan Isu
SALAH satu cara untuk menutup tumpuan orang ramai terhadap sesuatu isu besar yang sehingga boleh membuka minda orang ramai dalam skala waras terhadap isu tadi ialah dengan mengalih perhatian mereka kepada isu lain yang asalnya remeh tetapi disensasikan untuk meraih perhatian.
Kesannya, isu besar yang hangat diperbincangkan tadi tidak lagi menjadi bualan dan kemudian menjadi basi. Sebaliknya, isu baru yang ditimbulkan tadi mula mengambil tempat di bibir orang ramai menggantikan isu besar sebelumnya. Isu besar tadi pula akhirnya dilupakan. Minda orang ramai kemudian dilalaikan dengan isu baru. Golongan pengamal media antarabangsa menamakan taktik itu sebagai Red Herring.
Taktik ini bukan sahaja digunapakai dalam strategi persekitaran keputusan-politik (political-decision making), malah digunakan dalam pelbagai aspek untuk tujuan melalaikan perhatian orang ramai terhadap sesuatu perkara yang lebih penting. Kesannya, minda menjadi tidak peka terhadap persoalan besar dan sebaliknya menjadi tepu terhadap persoalan-persoalan kecil yang menyesakkan. Erti kata lain, minda dilemahkan terhadap isu-isu remeh temeh yang pada dasarnya langsung tiada nilai (no-value).
Tools (alat) untuk menggerakkan Red Herring pula pelbagai. Ia memerlukan kombinasi banyak pihak seperti pemimpin parti politik, media, agensi penggerak propaganda (incorporated propaganda enforcers) dan kumpulan penggerak rahsia. Dalam erti kata lain pula, red herring ialah individu yang bijak mengalihkan tumpuan orang ramai terhadap perkara lain bagi menutup kelemahan diri.
Sila fahami betul-betul..
--
Kita mulakan secara ringkas dengan Perang Teluk 1 (1990) yang membabitkan Amerika, United Kingdom (UK) dengan Iraq. Perang ini tidak terlalu lama dan tidak terlalu baru, rata-rata mereka yang berumur 27 tahun ke atas masih ingat peristiwa perang ini. Disebabkan ramai masih ingat, kita ambil contoh ini sebagai petikan kes. Kita ambil sedikit surface dan sedikit bottom line. Ringkas sahaja. Ia hanya sebagai kajian kes.
Sedia maklum bahawa Perang Teluk 1 sebenarnya melibatkan percubaan Amerika dan sekutu untuk menumbangkan kerajaan Saddam Hussein dan seterusnya menguasai kegiatan cari gali serta perdagangan petroleum. Itu adalah motif di sebalik peluang campur tangan Amerika dalam konflik Iraq dengan Kuwait. Dunia sudah sedia maklum perkara ini. Namun, Amerika serta sekutu tampil dengan alasan lain. Alasan itu pula menjadi ‘isu modal’ bagi menghalalkan tindakan perang Amerika terhadap Iraq (untuk menguasai tanah Babilon). Ia juga bagi menyekat usaha Saddam membiayai gerakan jihad di kalangan pengikut Ahlul Sunnah di Palestin. Selainnya, bagi menyekat usaha Saddam mengusir puak Syiah yang ‘disayangi’ Amerika keluar dari bumi Iraq.
Sebelum itu, Amerika sudah memasang perangkap harga minyak bagi menjerat Iraq dalam kemelut ekonomi pasaran minyak mentah.
Dalam masa yang sama, Amerika bertindak campur tangan dalam konflik Iraq dengan Kuwait. Konflik ini dilaporkan tercetus gara-gara Saddam menuntut hak wilayah Kuwait dengan pendirian bahawa Kuwait adalah sebahagian Iraq dalam Empayar Turki Uthmaniah yang runtuh sejak Perang Dunia Pertama (WW1) selepas Kuwait mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1932 (selepas selesai Divide & Rule di rantau Arab). Idea Saddam (pendirian peribadi Saddam) untuk mendirikan kembali Empayar Islam di wilayah-wilayah Arab memang sangat digeruni Amerika dan sekutu selepas berhempas pulas membelanjakan banyak wang untuk menghancurkan Empayar Turki Uthmaniah (Ottoman) semasa WW1. Idea Saddam sangat berbahaya kepada dunia Crusaders (Amerika dan Kesatuan Eropah) dan ia harus dihentikan.
Untuk tidak mensia-siakan kenangan manis WW1, satu rancangan untuk menggagalkan hasrat Saddam perlu digerakkan. Dilaporkan, Saddam secara peribadi bukan mahu membolot kekayaan minyak Kuwait, tetapi Saddam mahu Islam kembali teguh dalam sebuah empayar. Saddam pernah cuba tarik telinga pemimpin-pemimpin negara Arab untuk membincangkan masa depan negara Islam selepas tamatnya Divide & Rule di rantau Arab, tetapi Amerika menabur fitnah kononnya Iraq mahu membolot minyak di rantau Arab. Juga melaga-lagakan negara-negara Arab supaya memusuhi Iraq. Dalam situasi ini, media-media dunia yang pro-Zionis mula melaporkan perkembangan yang bukan-bukan serta memutarbelitkan kenyataan Saddam kononnya Iraq bersedia menyerang Kuwait disebabkan isu remeh temeh iaitu isu kuota perdagangan minyak. Rombongan Saddam yang dalam perjalanan bersama kenderaan tentera menuju Kuwait dilaporkan oleh media pro-Zionis sebagai gerakan kempen Iraq untuk menyerang Kuwait. Padahal, ia adalah rombongan diplomasi Iraq secara mengejut ke Kuwait untuk membincangkan mengenai masa depan rantau Arab.
Media pro-Zionis segera mensensasikan perkara remeh untuk mengeruhkan keadaan. Kesannya, Kuwait dan Iraq mula prejudis sesama mereka akibat termakan hasutan fitnah yang ditabur media-media pro-Zionis. Lanjutannya, timbul ketegangan politik antara Iraq dengan Kuwait. Secara waras, ketegangan adalah proses awal sebelum mencapai kesepakatan dan ia normal selagi tidak diganggu oleh pihak ketiga yang berniat jahat.
Tetapi, keadaan tegang itu dimanipulasi oleh media-media pro-Zionis untuk mengelirukan kedua-dua pihak. Peluang ini memberi peratusan kejayaan tinggi untuk menggerakkan red herring. Maka, satu isu harus direka untuk mengalih tumpuan dunia. Media-media pro-Zionis perlu dipergunakan untuk menyebarkan propaganda demi propaganda.
Hasil daripada propaganda dan kekeliruan yang disebarkan media-media pro-Zionis, Iraq mengambil langkah menyerang Kuwait pada 2 Ogos 1990. Sebab sebenar Iraq menyerang Kuwait, hanya Saddam secara peribadi mengetahui puncanya.
Jika diambil daripada sudut perluasan empayar Islam yang pernah digerakkan Khalid al-Walid semasa era dakwah awal dahulu, sesebuah negara yang tidak mahu diperintah kerajaan Islam perlu memilih membayar jizyah atau memilih untuk berperang. Dalam kes Iraq-Kuwait, mungkin sekali Saddam secara peribadi berpendirian bahawa Kuwait enggan membayar jizyah dan tidak mahu bersatu sebagai sebuah empayar Islam. Maka, Kuwait diperangi. Itu hanya andaian kami dan bukan semestinya pendirian Saddam yang sebenar.
Amerika (George HW Bush) tampil dengan pelbagai propaganda untuk menghalalkan tindakannya menyerang Iraq. Ia termasuk tuduhan bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran walhal sudah terbukti senjata seperti itu tidak pernah wujud. Atas dasar mahu mengalahkan Iraq bagi memusnahkan ‘super weapon’ itu, maka Amerika mendapat restu Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk terlibat dalam Perang Teluk. Media-media pro-Zionis mula mensensasikan berita bahawa roket scud adalah salah satu daripada ‘super weapon’ Iraq. Dengan itu, Iraq digomol dan rakyat dari golongan Ahlul Sunnah pula diganyang. Isu Red Herring di sini ialah ‘super weapon’ milik Iraq yang sebenarnya tidak pernah wujud.
Dalam Perang Teluk 2 semasa era Pesiden George W.Bush (anak kepada Presiden George HW Bush) isu super weapon dimainkan sekali lagi oleh media-media pro-Zionis bagi menjatuhkan Saddam. Namun, senjata yang dimaksudkan masih terbukti tidak pernah wujud meskipun Saddam sudah dijatuhkan hukuman mati dalam keadaan tergesa-gesa. Nampak apa itu red herring? Nampak apa muslihat di sebalik permainan sesuatu isu?
Kesannya lagi, cita-cita peribadi Saddam untuk menyatukan negara-negara Arab (meskipun hanya dari segi ideologi jihad) akhirnya terkubur selepas Saddam dibunuh dan selepas isu dalaman Iraq diputarbelit. Lagi, rakyat Iraq dari golongan Ahlul Sunnah berterusan dizalimi oleh puak-puak Syiah. Bayi-bayi mereka dibakar sehingga ‘masak’ di dalam oven, lelaki dan wanita pula dibunuh dan dirogol. Itu semua hasil isu red herring yang digerakkan sejak sekian lama bagi meraih sokongan Eropah dan PBB untuk menghalalkan pencerobohan politik ke atas Iraq bagi ‘memusnahkan super weapon’. Dunia Islam pula kekal dalam erti kata Divide & rule secara tidak langsung dan semakin nyenyak didodoi dengan materialis dunia.
Kes kedua, masih segar dalam ingatan setiap daripada kita terhadap isu 11 September 2001. Semua juga sedia maklum isu ini. Red herring dalam isu ini pula ialah gerakan pengganas yang merujuk secara terus kepada umat Islam. Siasatan 9/11 belum selesai, tuduhan berbentuk fitnah sudah dilemparkan kepada Islam sejak awal isu.
Ketika isu masih baru di minggu pertama kejadian dan dunia sedang maish berteka-teki mengenai pihak bertanggungjawab mendalangi 9/11, Amerika awal-awal lagi menuduh gerakan pengganas yang disinonimkan dengan Islam. Lantas, tumpuan dunia tertumpu kepada umat Islam. Siasatan belum selesai, Islam terlebih dahulu diberi liabiliti dalam kes ini. Islam dijadikan isu dalam red herring.
Harapnya, anda sudah sedikit faham peranan ‘permainan isu’. Jadi, bagaimana permainan memainkan sesuatu isu dilakukan dalam red herring?
Pertama, media-media pro-Zionis memang terpaksa memainkan isu awal kerana itu memang tugas media iaitu melaporkan kejadian. Kemudian, isu itu dikembangkan kepada satu isu baru lain yang dilihat sebagai ada pertalian. Peralihan isu pula dibuat oleh individu-individu yang mempunyai kuasa pengaruh politik. Media pula melaporkan isu baru itu sebagai quotation komen daripada orang politik terhadap perkembangan isu asal. Seterusnya mensensasikan isu baru itu secara besar-besaran sehingga isu asal tadi dilupakan. Kemudian agen-agen suruhan penggerak propaganda seperti kumpulan-kumpulan demonstrasi, pertubuhan NGO dan sebagainya mengadakan demonstrasi bantahan terhadap sesuatu isu. Anda boleh lihat keadaan yang sama di negara-negara jiran kita. Media pula melaporkan suara-suara bantahan kumpulan yang dimaksudkan untuk disensasikan bagi mendapat sokongan lebih ramai pihak. Lama-kelamaan isu asal dilupakan dan isu baru pula mula menguasai minda orang ramai. Ia tidak lebih daripada kesan permainan isu.
Selain mengalih tumpuan dunia terhadap sesuatu isu, individu red herring juga gemar memainkan satu isu baru untuk menyemai kemarahan serta sikap ekstrem di kalangan penduduk dunia. Paling dekat dan paling baru ialah isu pembinaan Masjid Ground Zero berhampiran tapak pementasan tragedi 9/11 iaitu kira-kira selang dua blok dari tapak WTC dahulu.
Media pro-Zionis sedar kuasa dan pengaruh yang mereka ada untuk mengasuh dan mencorak pemikiran rakyat Amerika dan seluruh penduduk dunia melalui berita-berita yang disensasikan. Sejak isu Masjid Ground Zero dicetuskan, media-media pro-Zionis semakin galak melaporkan setiap perkembangan dan diselang-seli dengan melaporkan komen-komen pelbagai pihak termasuk ahli politik, gereja-gereja dan NGO-NGO berkaitan isu masjid itu bagi menyemai kemarahan terhadap Islam.
Kemudian, pengerak-pengerak propaganda pula menggerakkan beberapa kumpulan pelampau untuk melakukan protes terhadap isu. Lalu, tercetus isu susulan iaitu sekumpulan ahli gereja mahu membakar salinan al-Quran sebagai memperingati kejadian 9/11. Nampak? Isu masih berlegar dalam ruang perbincangan 9/11 tetapi telah melarat kepada isu mahu membakar al-Quran. Isu semakin dikembangkan sehingga melanggar sempadan-sempadan perbincangan global tetapi masih berkisar mengenai isu utama. Hasilnya, tersemat idea di pemikiran penduduk dunia (bukan Islam) untuk membakar al-Quran setiap tahun. Ia sebagai hasil minor dalam idea major. Isu yang menguasai pemikiran orang ramai sehingga hilang pertimbangan waras.
Jadi, bagaimana sesuatu isu itu dimainkan bagi meraih pengaruh dan perhatian? Bagaimana pula kita mahu mematahkan isu? Ikuti pemikiran pengamal media Zionis dan anda akan sedikit faham. Ia adalah debat tanpa menggunakan lidah sendiri. Ia adalah pertikaman lidah tanpa menggunakan tenaga sendiri. Ia adalah permainan manipulasi tanpa menitiskan walau setitis peluh sendiri. Tetapi, jahatkah media? Siapa sebenarnya yang jahat? Wartawan jahatkah? Atau pemilik syarikat media itu berat sebelah? Di sini, kita perlu bijak membezakan mana satu baris ayat yang ditulis wartawan dan mana satu baris ayat yang ditokok tambah oleh pihak atasan syarikat media.
The Mind Game of Zionist’s Media
Ini syarat-syarat permainan asas yang perlu anda faham.
1 - Debat tanpa menggunakan lidah sendiri.
2 - Pertikaman lidah tanpa menggunakan tenaga sendiri.
3 - Permainan manipulasi tanpa menitiskan walau setitis peluh sendiri.
4 - Membunuh tanpa menggunakan tangan atau senjata sendiri.
5 - Menzahirkan idea sendiri dengan mempergunakan individu lain sebagai pelaku.
Isu ditimbulkan dan isu mulanya dimainkan dengan mencetuskan perbincangan orang ramai dalam skala yang besar. Boleh juga disebut sebagai isu dibincangkan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Dalam minda pengamal media, setiap sesuatu isu itu sebenarnya sudah ada penyelesaian sejak ia mula dicetuskan lagi. Namun, isu tersebut sengaja dikembangkan dengan mengutip pelbagai pendapat orang lain. Dalam minda pengamal media juga, sesuatu kenyataan atau komen terhadap isu itu boleh dicipta lebih awal sebelum komen itu dilontarkan oleh si pemberi komen.
Contoh: Katakan, kita sedang berhadapan dengan isu kebuluran di Afrika. Dalam minda pengamal media, isu itu boleh diselesaikan dengan cara memaksa setiap negara dunia menghantar rizab makanan berlebihan kepada negara-negara yang menghadapi kebuluran. Namun, isu itu dikembangkan dengan cara lain sebelum diakhiri dengan penyelesaian tadi.
Media kemudian meminta pihak-pihak seperti orang politik setiap negara untuk memberi komen. Sesetengah jawapannya atau komen berbalas juga sudah dirancang lebih awal. Caranya ialah, katakan dalam minda pengamal media itu mahu seorang tokoh sebuah negara mahu berkata seperti: “Sepatutnya kita perlu tingkatkan produktiviti penghasilan bahan makanan dan tumpuan itu perlu digerakkan secara global.”
Cara untuk ‘memaksa’ tokoh itu bercakap seperti itu tidak sukar. Ia dilakukan dengan cara melontarkan soalan berbentuk cadangan seperti: “Tidakkah dengan cara meningkatkan hasil pertanian setiap negara akan menyelesaikan masalah ini?”
Secara tidak langsung, orang yang ditanya tadi akan mula bercakap mengenai jawapan kepada soalan itu sehingga menemui kepada point-point yang menyamai maksud jawapan yang dirancang tadi. Jadi, jawapan memang boleh dirancang. Hanya dengan cara memaksa orang itu bercakap mengenai perkara yang dipersoalkan. Ia juga merupakan debat menggunakan lidah orang lain.
Gambar kiri: Keadaan sebenar tahanan diacu senapang di kepala.
Gambar tengah: Gambar penuh, tahanan diacu & diberi minum air.
Gambar kanan: gambar inilah disiar di akhbar kononnya askar Amerika
memberi layanan baik kepada tahanan perang dengan memberi minum air.
Isu kemudian dialih kepada langkah untuk meningkatkan produktiviti bahan makanan, tidak lagi memberi tumpuan kepada penyelesaian paling cepat dan berkesan iaitu memaksa setiap negara dunia menghantar rizab makanan berlebihan kepada negara-negara Afrika. Perhatian terhadap penyelesaian isu kemudian berjaya dialihkan. Ia juga memberi ‘kelonggaran’ kepada negara-negara kaya untuk tidak menghantar rizab bahan makanan kerana perhatian telah dialihkan kepada usaha meningkatkan produktiviti hasil pertanian. Masih berlegar dalam isu sumbangan makanan setiap negara, tetapi tumpuannya telah menyimpang dari penyelesaian termudah.
Kemudian, isu dikembangkan lagi dengan mengutip pendapat individu lain pula. Ia MESTI kontra dengan pendapat pertama tadi. Maka timbul pertikaman lidah sesama pihak lain dan saling salah-menyalahkan. Wujud pertikaman lidah tanpa menggunakan tenaga sendiri. Isu pula masih belum selesai. Ia juga memanipulasi pihak lain supaya bersengketa.
Bagi permainan mengikut syarat ke-4, contoh ini boleh dilihat dengan meneliti perjalanan plot-plot peperangan di dunia. Anda boleh lihat bagaimana media Zionis memainkan isu bagi tujuan mewujudkan sengketa dan pertikaman lidah sehingga buntu terhadap penyelesaian melainkan melancarkan peperangan sebagai titik akhir. Isu paling hampir kepada contoh ini ialah konflik uranium Iran dengan Amerika. Ia juga menzahirkan idea untuk memulakan peperangan dengan menjadikan Iran dan Amerika sebagai pelaku. Ia kemudian akan melarat kepada usaha Barat memerangi Islam hanya kerana Iran adalah sebuah negara Islam (meskipun Iran itu Syiah).
Itu adalah asas-asas yang perlu difahami dalam menilai sesuatu isu dengan waras. Bagi mematahkan isu, kita perlu memaksa pihak media itu sendiri tampil dengan penulisan yang berbentuk idea penyelesaian terhadap isu. Pengamal media Zionis sebenarnya lebih bijak daripada Presiden Amerika mahupun Setiausaha Agung PBB. Mereka ada jawapannya tetapi sengaja memutarbelitkan isu sehingga kompas pemikiran dunia tersasar daripada isu sebenar.
Bagaimana pula dengan para wartawan (sesetengahnya beragama Islam) yang bekerja dengan media-media Zionis? Adakah mereka semua jahat?
Setiap wartawan juga ada idea-idea sendiri dan bermain mengikut rentak syarat-syarat permainan (bukan semua syarat), ada kalanya menongkah arus. Percayalah, mereka ini sentiasa menjurus kepada penyelesaian yang efektif dan tidak suka ‘mengarut’ dalam permainan isu. Setiap baris penulisan mereka pula kebanyakannya neutral. Namun, pihak atasan syarikat media akan bertindak menyunting (edit) setiap berita perkembangan yang dilaporkan dan di sinilah putar belit dilakukan. Jadi, siapa yang lebih berkuasa? Wartawan atau pihak atasan mereka? Tahukah anda bahawa setiap hari mereka terpaksa bertengkar dengan ‘bos-bos’ mereka hanya kerana penulisan mereka diputarbelit. Mereka sentiasa mahu kebenaran diceritakan kepada umum. Ia termasuk berita-berita susulan (laporan-laporan benar) 9/11 yang ditulis tetapi tidak pernah disiarkan oleh media-media Barat. Juga lain-lain berita ‘top secret related’ yang tidak pernah disiar dan dipadam daripada arkib media-media Zionis.
Apa yang boleh kita buat? Satu sahaja, doakan kejayaan mereka dalam menongkah arus media Barat. Mereka sedang berusaha membuat perubahan mematahkan red herring meskipun nyawa sering terancam di muncung-muncung pistol conspirators.
Adaptasi dari Blog Umat Terakhir yang telah hilang.
No comments:
Post a Comment