TEKNIK RED HERRING-CONTOH KES NFCorp
Meatworks Merupakan antara Syarikat Bersekutu/Anak Syarikat NFCorp |
Kontroversi Pusat Fidlot
Nasional (NFC) berbangkit
selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2011 ,yang mendedahkan
keluarga Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pinjaman mudah RM250
juta dan tanah seluas 5000 ekar (2,023 hektar) di Gemas,Negeri Sembilan . Shahrizat
adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. NFC adalah projek
ternakan lembu yang tendernya dimenangi oleh keluarga Shahrizat. Pengerusi
Eksekutif NFC ialah Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif
NFC ialah Wan Izran Mohamad Salleh.
Kronologi "Perletakan Jawatan" Seorang Menteri yang Dikaitkan dengan Skandal NFCorp |
Keluarga Menteri yang Dikatakan Terbabit dalam Skandal NFCorp |
Projek ini dikatakan penuh kontroversi kerana penyalahgunaan
wang yang dikatakan dari dana rakyat. Pembelian yang tidak berkaitan dengan
penternakan lembu seperti kereta mewah, apartment dan kondominium di lokasi
seperti Kuala Lumpur, Singapura dan Kazakhstan. Terdapat juga bukti yang
mengatakan bahawa perbelanjaan mewah menggunakan kad kredit yang dibiaya dengan
dana NFC oleh keluarga menteri tersebut.
Pihak yang terbabit dalam isu ini terutamanya yang terpalit
dengan skandal ini menggunakan pelbagai teknik yang berkaitan RED HERRING untuk mengalihkan pandangan
masyarakat dan rakyat dari isu penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh
pihak ini.
Sindiran oleh Pihak-Pihak Lain Berkaitan Pembelian Kondominium oleh NFCorp |
Pengarah Strategik PKR vs Pengerusi Eksekutif NFCorp |
Contoh 1: Red Herring-Fallacy ad Hominem (Menyerang Menyerang
Karakter Orang Lain untuk Mengalihkan Isu)
Shahrizat
guna kes liwat Anwar alih skandal NFC
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ketua Wanita Umno Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus
meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya
jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
(Sumber: MalaysianInsider)
Contoh 2: Red Herring-Scapegoating (Penggunaan “Kambing Hitam”
untuk Mengalihkan Isu)
NFC: Ahli perniagaan bergelar Datuk
direman
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk'
ditahan reman selepas cuba menyogok beberapa pegawai polis yang sedang menjalankan
siasatan kes jenayah komersial dipercayai ada kaitan dengan skandal Pusat
Fidlot Kebangsaan (NFC).
(Sumber: Sinar Harian)
Contoh 3: Red Herring-Direct Diversion (Pengalihan Isu Secara
Terus dengan Menyaman Pihak Lain untuk Mengalihkan Isu)
NFC mahu saman Rafizi, bank
Pengerusi National Feedlot
Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merancang untuk mengambil
tindakan undang-undang ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan juga ke
atas sebuah bank berhubung dakwaan pendedahan maklumat peribadi perbankan.
(Sumber: Malaysiakini)
Sindiran oleh Pihak-Pihak Lain Berkaitan Pembelian Kondominium oleh NFCorp |
Dikatakan bahawa penggunaan laporan polis dan penggunaan saman terhadap pihak lawan dalam sesuatu isu boleh dikatakan berkesan dalam beberapa ketika untuk mengalihkan isu sebenar
No comments:
Post a Comment