Wednesday, 30 May 2012

TEKNIK RED HERRING-PEMBELITAN KENYATAAN

Adaptasi dari: http://umat-akhir.blogspot.com/2012/04/mind-game-snake-ladders.html

MENGGUNAKAN KENYATAAN YANG BERBELIT


“Cause you know sometimes words have two meanings.. and if you listen very hard, the tune will come to you at last...”Jimmy Page.

MENGELUARKAN kenyataan dengan penggunaan perkataan-perkataan atau susunan ayat-ayat yang mengelirukan adalah salah satu model komunikasi dua hala yang dimatikan dalam satu hala seperti diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Zionis ketika berhadapan dengan media.

Kebanyakan ahli politik, peguam dan artis menggunakan taktik yang sama ketika berurusan dengan pihak media. Setiap kali kenyataan dikeluarkan kepada media, ia akan ‘mengganggu’ penterjemahan maksud bagi sesuatu ucapan.

Kesannya, ia akan mewujudkan dua maksud yang mempunyai pengertian terhadap pelaksanaan yang berbeza bagi ucapan yang telah dikeluarkan itu. Dalam keadaan tertentu, ia berubah menjadi satu atau lebih kenyataan yang membawa pentafsiran berbeza sekiranya kenyataan atau ucapan itu dibawa masuk ke mahkamah atau ruang-ruang perbincangan yang membincangkan maksud sesuatu terma yang diucapkan.

Apabila sesuatu kenyataan itu diucapkan di hadapan media, ia mengundang penterjemahan maksud yang berbeza-beza di tingkat pemahaman para pelapor media atau wartawan. Bukan wartawan tidak faham maksud itu, tetapi maksud itu sendiri tidak diucapkan dengan terma yang jelas oleh si pemberi kenyataan.

Akibatnya, orang yang menjadi mangsa terhadap pentafsiran secara cuai dalam memahami maksud sebenar sesuatu ucapan itu ialah orang awam sendiri. Dalam kes-kes seperti itu, wartawan atau media hanya melaporkan sebagaimana yang diucapkan setelah si pemberi ucapan itu enggan menjelaskan maksud apabila ditanya soalan tambahan, media bagaimanapun tetap juga melaporkan tanpa maksud yang jelas meskipun susunan ayat yang diucapkan oleh seseorang pemimpin itu mempunyai maksud yang kabur.

Komunikasi dua hala yang dimatikan dalam satu hala adalah satu kemahiran bahasa. Dalam susunan ayat-ayat melalui komunikasi sedemikian, biasanya ia disusun dalam satu ayat yang menggabungkan dua atau lebih banyak ayat dalam satu ayat kompleks berpancangan yang hanya mempunyai satu noktah.

Contoh kenyataan:

“Kita tidak menggalakkan mereka pergi, tetapi kalau ada dari kalangan pemimpin kita yang pergi, tindakan mesti diambil kalau terbukti keputusan mereka untuk pergi ke sana itu tidak mendapat persetujuan daripada majlis tertinggi.” – Faham maksud sebenar?

“Secara peribadi, saya setuju dengan cadangan itu walaupun pendapat gabungan pertubuhan ini tidak mencapai persetujuan secara rasmi memandangkan ada di kalangan ketua-ketua dalam pertubuhan ini yang masih berselisih pendapat mengenai perkara itu dan saya juga tertakluk kepada setiap keputusan yang dibuat oleh pertubuhan ini.” - Faham maksudnya?

“Kita tidak membantah kalau mereka mahu buat begitu, tetapi kita tidak akan menghantar mana-mana wakil untuk beri sokongan kepada mereka kerana kita berpendapat bahawa ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan tumpuan.” – Anda faham maksudnya?

Oleh yang demikian untuk memahami maksud sebenar bagi kenyataan-kenyataan seperti itu, ayat yang panjang dan kompleks itu wajar dipecahkan menjadi ayat-ayat kecil yang boleh berdiri sendiri.

------

Ulangkaji kenyataan:

“Kita tidak menggalakkan mereka pergi..” - Ini ayat pertama. Ia kedengaran seperti mempunyai maksud seolah-olah berpendirian tidak kisah kalau ada yang pergi tetapi cuma tidak digalakkan pergi.

“..tetapi kalau ada dari kalangan pemimpin kita yang pergi, tindakan mesti diambil kalau terbukti keputusan mereka untuk pergi ke sana itu tidak mendapat persetujuan daripada majlis tertinggi.” – Ini pula ayat kedua.

Jadi, core atau inti bagi ayat itu ialah ayat kedua yang mempunyai unsur maksud yang menafikan ayat pertama. Maksud bagi ayat pertama dinafikan dengan ucapan ayat yang kedua.

------

“Secara peribadi, saya setuju dengan cadangan itu..” – Ini ayat pertama. Kedengaran seperti teguh hati bersetuju dengan sesuatu pendapat daripada kelompok lain.

“...walaupun pendapat gabungan pertubuhan ini tidak mencapai persetujuan secara rasmi...” – Ini ayat kedua. Kedengaran seperti memperkukuh kekuatan maksud bagi ayat pertama tadi.

“..ada di kalangan ketua-ketua dalam pertubuhan ini yang masih berselisih pendapat mengenai perkara itu..” – Ini ayat ketiga. Masih cuba memperkukuh ayat pertama tetapi mempunyai unsur melemahkan maksud ayat pertama yang akan menyokong ayat seterusnya iaitu ayat terakhir.

“...saya juga tertakluk kepada setiap keputusan yang dibuat oleh pertubuhan ini.” – Ayat keempat. Ucapan yang memperjelaskan maksud ayat ketiga, bukan memperjelaskan maksud ayat pertama kerana ayat pertama telah dilemahkan atau diabaikan oleh ayat ketiga.

Untuk memahami ucapan ini, kita juga harus melihat core bagi ayat itu. Ia adalah ayat yang menafikan ayat pertama. Ayat yang menafikan ayat pertama ialah ayat ketiga dan keempat. Ia bermaksud, si pemberi kenyataan itu tidak mempunyai pendirian dalam membuat keputusan walaupun telah memberi pendapat secara peribadi di ayat pertama. Namun, ia tidak membawa apa-apa erti kepada ayat pertama itu apabila ayat ketiga dan keempat diucapkan.

-----

“Kita tidak membantah kalau mereka mahu buat begitu...” – Ayat pertama. Kedengaran seperti bersifat terbuka dalam berhadapan sesuatu isu, dalam keadaan tertentu pula ia memperlihat seolah-olah menyatakan sokongan.

“... tetapi kita tidak akan menghantar mana-mana wakil untuk beri sokongan kepada mereka...” – Ayat kedua. Maksud ayat pertama tadi mula dilemahkan oleh ayat kedua ini dari sudut pengertian bagi perkataan sokongan seperti dalam ayat ini.

“...kita berpendapat bahawa ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan tumpuan.” – Ayat ketiga. Ayat ini pula menafikan sebulat-bulatnya ayat pertama tadi dengan memperlihat seolah-olah motif bagi ayat pertama sudah tidak jadi sama penting dengan ayat ketiga.

Cuba kesan mana satu ayat yang menjadi teras kepada maksud sebenar bagi kenyataan yang diucapkan itu. 

-----

Kenyataan-kenyataan sedemikian adalah kemahiran bahasa yang cuba mewujudkan dua maksud berbeza apabila ditafsirkan secara cuai oleh audiens (orang awam). Apabila cuai dalam menterjemah maksud bagi setiap pengucapan itu, audiens akan menjadi mangsa yang telah diperangkap minda mereka oleh perkataan-perkataan yang mengelirukan kerana hanya memberatkan ayat pertama tanpa meneliti maksud keseluruhan kenyataan yang diucapkan atau gagal mengesan core bagi sesuatu kenyataan.

Ia adalah permainan minda (mind game) yang cuba melalaikan minda daripada terus menumpukan perhatian terhadap keseluruhan ucapan apabila mendapat berita gembira melalui ayat pertama dalam sesuatu set ucapan.

Dari segi psikologi, manusia sentiasa mengharapkan berita-berita gembira. Maka, ahli politik dan para proksinya tahu akan kelemahan minda manusia dalam melakukan pentafsiran terhadap pengertian asal sesuatu ucapan. Itu dari segi taktik politikal .
Minda harus diberikan berita gembira terlebih dahulu.

Kita lampirkan contoh mudah di bawah ini:

“Bulan ini, abang dapat gaji $9,000 termasuk OT..” kata seorang suami kepada isterinya.
Suaminya menyambung: “Nak kena senaraikan dulu apa yang patut dibayar, barulah dapat jumlah bersih. Lagipun, bulan lepas banyak yang tak bayar, makan ribu (ringgit) juga kalau nak dikira. Jangan risau, ada lagi baki..”

Ia memberi maksud bahawa gaji $9,000 itu bukan keseluruhan nilai yang diperoleh oleh keluarga itu selepas membayar setiap hutang yang perlu diselesaikan pada bulan itu.
Si isteri pula gembira mendengar wang gaji $9,000 kerana pada bulan-bulan sebelum itu wang gaji suaminya hanya sekitar $4,000 sahaja walaupun hakikatnya wang itu harus dibelanjakan untuk menjelaskan hutang yang tertunggak.

Penjelasan terpenting bagi maksud keseluruhan sesuatu pengucapan ialah hakikat kepada maksud keseluruhan pengucapan itu sendiri.
-----

Membelit seperti ular.
Ia adalah salah satu daripada pengertian terhadap polisi ahli politik dan proksi-proksinya dalam berurusan dengan media serta orang awam. Media pula adalah sekadar jambatan maklumat yang menghubungan ucapan si pemberi ucapan dengan si pendengar ucapan iaitu orang awam dalam konteks media hanya melaporkan ucapan dari mulut orang yang berucap. Untuk menyampaikan sesuatu kenyataan, media adalah medium komunikasi yang sangat diperlukan semua pihak dalam persekitaran maklumat.
Dalam tatacara ahli politik dan proksi-proksinya mengeluarkan kenyataan terhadap media, kenyataan yang dikeluarkan itu kebiasaannya mempunyai ciri-ciri pengucapan yang mempunyai maksud yang berbelit-belit. Seperti ular yang membelit dan membelenggu tingkat pemahaman orang awam terhadap kenyataan itu.

Apabila timbul keraguan di kalangan kelompok awam terhadap kenyataan itu, maka lebih mudah untuk media dipersalahkan dan dituduh melakukan putar belit terhadap kenyataan itu. Ia adalah seperti ular yang akan membelit semua pihak, membelit tingkat pemahaman orang awam dan juga membelit ketelusan laporan media apabila timbul pertikaian di kalangan kelompok-kelompok awam.

Dalam situasi semasa (currently) hari ini, pihak-pihak yang bertali arus dengan ahli politik semakin galak mengguna pakai polis-polisi tersebut ketika berhadapan dengan keperluan untuk memberi kenyataan kepada media. Ia berlaku di seluruh dunia dan dilakukan oleh proksi-proksi yang semakin galak menggunakan prosa-prosa mengelirukan dalam kenyataan-kenyataan terhadap media.

Melalui laporan sulit yang diperoleh daripada sumber-sumber dalaman CIA dan FBI, banyak dianjurkan seminar-seminar kepada beberapa pertubuhan di seluruh dunia dalam usaha melobi pemikiran masyarakat dunia terhadap sesuatu isu bagi mencapai satu matlamat global dengan menjadikan media sebagai alat.

Media pula secara profesional, sentiasa melaporkan setiap ucapan yang dibuat seseorang secara terbuka supaya dapat disampaikan kepada orang awam dalam persekitaran maklumat. Profesionalisme yang diamalkan media digunakan sebagai alat untuk menyampaikan maksud ucapan mereka yang berbelit-belit.

Seperti yang dijelaskan, semua media hanya melaporkan mengenai apa yang diucapkan seseorang, tidak lebih daripada itu kecuali dalam penulisan analisa yang mengambil kira kepentingan awam. Setiap laporan berita yang ditulis itu juga harus mempunyai nama individu atau orang (sumber) daripada sesebuah pertubuhan yang mengucapkan sesuatu kenyataan dalam bentuk “quotations”.

Tanpa quotations daripada individu (si pembuat ucapan) yang sah, sesuatu berita itu tidak memberi apa-apa nilai kepada sesuatu laporan yang ditulis. Maka, Zionis tahu peranan media dalam menyediakan laporan berdasarkan ucapan. Dengan itu, media digunakan untuk menyampaikan idea mereka (melalui ucapan atau kenyataan terbuka) supaya dapat disampaikan kepada orang awam dalam usaha melobi sokongan kepada proksi-proksi mereka di seluruh dunia.

Seminar-seminar yang disertai pelbagai pertubuhan (termasuk pertubuhan hak asasi manusia, politik, alam sekitar dan sebagainya) anjuran CIA dan FBI juga menyelitkan modul-modul media. Para peserta daripada pertubuhan-pertubuhan itu diajar mengenai cara mengeksplotasi tingkat pemahaman minda manusia melalui eksploitasi perkataan dan ucapan iaitu gaya berbahasa ketika berurusan dengan media.

Media pula ialah organisasi yang berurusan dengan kenyataan-kenyataan (statements) yang dikeluarkan atau diucapkan oleh individu-individu yang sedia memberi kenyataan kepada media. Maka untuk berurusan dengan media, gaya berbahasa di kalangan individu dalam sesebuah organisasi proksi perlu diberikan kemahiran yang mampu menyemai persepsi di kalangan orang awam.

Salah satu daripada kemahiran bahasa ketika berurusan dengan media ialah kemampuan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu menyemai persepsi orang awam sebaik sahaja ayat pertama diucapkan. Orang awam harus diberi berita gembira terlebih dahulu, itu secara psikologinya.

Dalam keadaan sekarang, banyak seminar dianjurkan pertubuhan-pertubuhan asing yang mendapat dana CIA dan FBI yang disertai pertubuhan-pertubuhan proksi di seluruh dunia. Semakin hari, para penulis media berhadapan dengan pelbagai kenyataan-kenyataan mengelirukan daripada pelbagai pertubuhan di seluruh dunia. Ia dihadapi oleh hampir semua media seluruh dunia.

Sesetengah media pula mempunyai sumber dalaman CIA dan FBI (golongan yang dianggap ‘pembelot’ dalam CIA dan FBI) yang dijalinkan secara senyap sehingga media dapat mengetahui kewujudan seminar-seminar seperti itu. Ia kerana media perlu mempunyai banyak sumber dalam menjalankan tugas-tugas mereka untuk mendapatkan maklumat melalui apa jua cara demi kepentingan awam.

Apabila terbaca kenyataan media yang melaporkan ucapan seseorang individu dalam susunan ayat yang berbelit-belit dan mengelirukan, ia memberi petunjuk terhadap satu gerakan besar bermotif huru-hara global. Jangan pula menyalahkan media dan menuduh media melakukan putar belit, ia kerana kenyataan itu sendiri yang berbelit-belit.

Ia sebenarnya adalah komunikasi satu hala yang kelihatan seperti dua hala membabitkan media (orang awam) dengan si pemberi ucapan. Ia menjadi satu hala apabila kenyataan tersebut tidak boleh dipersoalkan oleh kelompok-kelompok yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Apabila dipersoalkan, maka akan ada pihak yang akan dipersalahkan. Ia tidak akan berubah menjadi komunikasi dua hala kerana pintu perbincangan akan ditutup oleh si pemberi ucapan bilamana ada pihak yang mula mempersoalkan dan tidak bersetuju dengan maksud sebenar sesuatu kenyataan (kontroversi) itu. Apabila dipersoalkan, maka akan timbul situasi yang tidak masuk akal. Apabila kita memerhati situasi ini dengan rapat, maka kita akan mampu melihat.





" I'M NOT DENYING,I'M NOT CONFIRMING,I'M SAYING I HAVE NO COMMENTS"


" I THINK EVEN IF I DONT GIVE YOU HIS NAME,YOU ALREADY KNOW WHAT IT IS.YOU ALREADY KNOW HIS NAME SO YOU CAN SEE IF HIS 'BIN' AS ANYTHING TO DO WITH THEM"...



Sunday, 13 May 2012

SURAT DARI MAHARAJA MELAYU KEPADA KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ?

Dikatajan terdapat satu surat dari Maharaja Rantau Nusantara yang dihantar kepada Khalifah Umar Abdul Aziz

Daripada Raja kepada sekalian Raja yang merupakan keturunan dari seribu Raja-Raja, yang permaisurinya juga merupakan cucu kepada seribu Raja-Raja, yang taman haiwannya mengandungi seribu gajah, yang di dalam wilayahnya terdapat tiga sungai yang mengairi pohon jadam, rempah wangi, buah pala dan limau nipis yang aromanya tersebar sejauh 12 batu. Ke hadapan Raja Arab yang tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Allah. Kami telah mengirim padamu satu hadiah yang tidak seberapa berupa wangi-wangian, emas, perak dan rempah ratus sebagai tanda persahabatan. Kami mohon agar kamu menghantar padaku seseorang yang boleh mengajarku tentang Islam dan menerangkan padaku undang-undangnya. Terimalah hadiah yang tak seberapa ini tanda kami adalah saudara seIslamu.

Tuesday, 8 May 2012

TEKNIK RED HERRING-KAJIAN KES NFCorp


TEKNIK RED HERRING-CONTOH KES NFCorp

Meatworks Merupakan antara Syarikat Bersekutu/Anak Syarikat NFCorp



Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) berbangkit selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2011 ,yang mendedahkan keluarga Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5000 ekar (2,023 hektar) di Gemas,Negeri Sembilan . Shahrizat adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. NFC adalah projek ternakan lembu yang tendernya dimenangi oleh keluarga Shahrizat. Pengerusi Eksekutif NFC ialah Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif NFC ialah Wan Izran Mohamad Salleh.

Kronologi "Perletakan Jawatan" Seorang Menteri yang Dikaitkan dengan Skandal NFCorp

Keluarga Menteri yang Dikatakan Terbabit dalam Skandal NFCorp


Projek ini dikatakan penuh kontroversi kerana penyalahgunaan wang yang dikatakan dari dana rakyat. Pembelian yang tidak berkaitan dengan penternakan lembu seperti kereta mewah, apartment dan kondominium di lokasi seperti Kuala Lumpur, Singapura dan Kazakhstan. Terdapat juga bukti yang mengatakan bahawa perbelanjaan mewah menggunakan kad kredit yang dibiaya dengan dana NFC oleh keluarga menteri tersebut.
Pihak yang terbabit dalam isu ini terutamanya yang terpalit dengan skandal ini menggunakan pelbagai teknik yang berkaitan RED HERRING untuk mengalihkan pandangan masyarakat dan rakyat dari isu penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh pihak ini.


Sindiran oleh Pihak-Pihak Lain Berkaitan Pembelian Kondominium oleh NFCorp



Pengarah Strategik PKR vs Pengerusi Eksekutif NFCorp




Contoh 1: Red Herring-Fallacy ad Hominem (Menyerang Menyerang Karakter Orang Lain untuk Mengalihkan Isu)

Shahrizat guna kes liwat Anwar alih skandal NFC

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

(Sumber: MalaysianInsider)


Contoh 2: Red Herring-Scapegoating (Penggunaan “Kambing Hitam” untuk Mengalihkan Isu)

NFC: Ahli perniagaan bergelar Datuk direman

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan reman selepas cuba menyogok beberapa pegawai polis yang sedang menjalankan siasatan kes jenayah komersial dipercayai ada kaitan dengan skandal Pusat  Fidlot Kebangsaan (NFC).   

(Sumber: Sinar Harian)


Contoh 3: Red Herring-Direct Diversion (Pengalihan Isu Secara Terus dengan Menyaman Pihak Lain untuk Mengalihkan Isu)

NFC mahu saman Rafizi, bank

Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan juga ke atas sebuah bank berhubung dakwaan pendedahan maklumat peribadi perbankan.

(Sumber: Malaysiakini)

Sindiran oleh Pihak-Pihak Lain Berkaitan Pembelian Kondominium oleh NFCorp


Dikatakan bahawa penggunaan laporan polis dan penggunaan saman terhadap pihak lawan dalam sesuatu isu boleh dikatakan berkesan dalam beberapa ketika untuk mengalihkan isu sebenar