Thursday, 22 September 2011

"KEBAIKAN" SOYA-FAKTA TERSEMBUNYI

Bahan yang tidak diwar-warkan di dalam soya:

Phyto-estrogen




Bahan ini merupakan satu bahan yang dihasilkan oleh tumbuhan soya yang hampir menyerupai hormon estrogen bagi manusia. Kandungan ini boleh meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari dan kanser rahim bagi wanita dan juga akan menekan penghasilan hormon testosterone bagi lelaki yang akan melemahkan kelakian seseorang.
Phytic Acid



Bahan ini merupakan kompleks myo-inositol dan fosfat. Bahan ini menghalang penyerapan mineral penting iaitu ion divalent seperti Fe2+ (utk darah), Zn2+ (untuk otak dan sistem pembiakan), Mg2+ (untuk proses pembebasan tenaga dari karbohidrat), Ca2+ (untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat). Dikatan juga bahawa ibu mengandung yang minum soya berpotensi mendapat anak yang putih dan kulit licin namun kulit tak tahan dan penglihatannya adalah kurang baik disebabkan bahan phytic acid ini menghalang penyerapan mineral penting ke dalam badan ibu seterusnya kepada fetus yang dikandung

Antibiotik



Kebanyakan soya yang ada dalam pasaran adalah GMO (genetically modified organism) yang mana mengandungi gen yang tahan antibiotik. Maka dalam proses pemilihan pokok soya, antibiotik dikenakan pada soya untuk memilih yang ada gen antibiotik. Residue antibiotik mungkin menghasilkan tindakbalas allergen kepada pengamal makan soya. 


1 comment:

  1. Salam saudara.

    Maklumat yang amat bagus.

    Hm, soya oh soya.


    Saya mohon agar saudara boleh menyampaikan 'kebaikan' corn syrup juga. Saya percaya yang tidak ramai saudara-mara kita berwaspada dengan corn syrup ni...


    Wassalam

    ReplyDelete