Sunday, 30 October 2011

BUMI SEBAGAI PUSAT ALAM SEMESTA?

Matahari Mengelilingi Bumi pada Paksi dan Orbitnya


Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; "Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui". Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.   

(Yaasin 37-40)

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujjah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintah? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan yang Mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberikan pertunjuk kepada kaum yang zalim.

(Al-Baqarah 258)

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

(Al-An'am 78)

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.  

(Al-Kahfi 17)

Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

(Al-Anbiyaa 33)

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-A'raaf 54)

Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. 

(Az-Zumar 5)

Al-Quran sebagai Sumber Ilmu yang Tertinggi


Bumi merupakan pusat alam semesta di mana segala jasad di angkasaraya seperti bulan, bintang, matahari, planet, asteroid, bintang neutron, galaksi lain dan segala jasad lain berputar pada orbit mereka sendiri dalam keadaan melawan arah jam mengelilingi bumi, secara tidak langsung bertawaf mengelilingi Kaabah. Selari dengan Kaabah di bumi di langit yang ketujuh, terdapat juga seumpama Kaabah, Baitul Makmur yang mana penghuni langit juga bertawaf mengelilinginya.

Saintis barat telah memesongkan kita dengan mengatakan bumi mengelilingi matahari padahal sebenarnya matahari mengelilingi bumi   Dahulunya individu yang percaya bahawa bumi pusat alam semester diarahkan dibunuh oleh pihak gereja.

Johanes Kepler, Individu yang Memperkenalkan Teori Bumi Mengelilingi Matahari Seterusnya Memesongkan Fakta Sains dan juga Akidah



8 comments:

  1. kamu ada hujah lain?
    quran tak pernah mengatakan matahari mengelilingi bumi..
    jangan memalukan islam dengan entri ni..
    ia cuma mengatakan matahari beredar..
    dan sekarang tebukti matahari memang tidak statik..
    mathari sedang bergerak menuju ke bintang 'vega'..

    ReplyDelete
  2. "Diriwayatkan dari Abu Dzar Radhiyallahu Anhu berkata,'Suatu hari Nabi Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda,'Tahukah kamu ke mana matahari ini pergi?'Para sahabat menjawab,'Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui'. Lantas Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda,'Perjalanan matahari ini berakhir di suatu tempat yang telah ditetapkan di bawah 'Arsy, lalu merebahkan diri untuk bersujud. Ia tetap berada dalam keadaan tersebut, sehinggalah diperintahkan kepadanya,'Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang.'Kemudian matahari kembali sehingga dia terbit dan berputar sebagaimana biasa. Matahari terus beredar lagi sehingga sampai di suatu tempat yang di tetapkan di bawah Arsy lalu merebahkan lagi dirinya untuk bersujud. Ia juga tetap berada dalam keadaan demikian hingga diperintahkan kepadanya,'Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang.'Matahari kembali lagi sehinggalah ia terbit dan berkeliling sebagaimana biasa tanpa diketahui oleh manusia dan berakhir pada tempat yang telah ditetapkan di bawah Arsy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan demikian, sehingga akhirnya diperintahkan kepadanya,'Bangunlah dan terbitlah di sebelah barat'. Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam terus bersabda,'Tahukah kamu kapankah itu akan terjadi? Itu akan terjadi ketika tidak berfaidah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha mengerjakan kebaikan terhadap imannya'."

    (Diriwayatkan Muttafaq Alaihi)\

    bukti lagi dari al-Quran

    “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.” (Surah Al-Furqaan: 59)

    frasa segala yang ada di antara keduanya adalah kata kunci yang kuat.....

    begitu juga sekiranya adakah dalil secara al-Quran dan akal yang menunjukkan bahawa bumi mengelilingi matahari pula dipohon kepada tuan mengemukakan.

    ReplyDelete
  3. thump up red herring!!! entry yg cukup bijaksana...mgkin selame ni kt terpedaya dgn ape yg ade tersedia dihadapan mata kite...tanpa ada sesiape pon mempersoalkan mana dalilnya...Alquran adalah dalil yg tak dpt disangkal dn dinafikan..teruskn usaha, moga Allah sentiasa memberkati hambaNye yg berusaha utk memikir kebesaran Nya.

    ReplyDelete
  4. Em.. entry yang menarik. Banyak lagi benda yang kita kena buat untuk tukar fakta sains kembali kepada Al-Quran.

    Contohnya,
    berapa laju Matahari bergerak mengelilingi bumi?
    Kenapa dalam setahun ada 365 hari?
    kenapa terjadinya 4 musim?

    Ini semua perlu dikaji semula berlandaskan prinsip Islam.

    ReplyDelete
  5. Nak bukti lagi??

    "Dan matahari berjalan di tempat peredarannya, demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui" - (Yaasin:38, Al-Quran)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, Red Hering terbaik..saudara 'shah' nampak nya awak ni dah jauh melencong dr islam ni..otak dah bnyk terima ilmu sampah yahudi ni..kembali la kepada Al Quran dan Hadis before terlambat..

    ReplyDelete
  7. 2017.. Youtube penerangan ttg flat earth hangat dibncgkan

    ReplyDelete