Thursday, 25 August 2011

BANK-INSTITUSI RIBA? BAHAGIAN 19

BAGAIMANAKAH KITA DIROMPAK MELALUI WANG KERTAS FIAT DAN BANK

Adaptasi dari cerita Theft of Nations. Ubahsuaian watak dari cerita P. Ramlee (3 Abdul)

Karangan: Ustaz Rafidi Hashim, 
http://www.dirham2dinar.com/



Pernah suatu ketika dahulu terdapat sebuah pulau yang bernama Isketambola, jauh di lautan. Sebuah pulau subur dengan tumbuh-tumbuhan subur dan buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai-sungai yang menyediakan air bersih bagi orang ramai dengan dan tempat-tempat indah untuk keuarga berekreasi. Lautan sekeliling bersih, dengan ikan berlebihan dan makanan laut lain yang banyak. Isketambola juga mempunyai emas, kaum wanitanya terutamanya, sangat mencintai emas, Mereka menggunakan keping - keping emas sebagai wang sejak dulu lagi kerana semua orang menghargai emas. Kepimpinan suku mereka diketuai oleh seorang lelaki bernama Ismet Ulam Raja, beliau mencetak duit syiling emas. Mereka hidup dalam sebuah kehidupan mudah, bekerjasama dan tidak ada caj faedah untuk pinjaman dalam pinjam-memimjam di antara mereka. Sekali-sekala, beberapa arus-arus ombak dan angin kencang memusnahkan beberapa harta, terutama rumah-rumah, tetapi komuniti ini akan segera membantu diri mereka dalam membina semula atau membaiki hartanah yang rosak. Selain daripada itu, mereka adalah sebuah komuniti yang aman , rakyat yang menjalankan kehidupan mereka dengan lemah lembut dan aman damai.
Pulau Isketambola
Bendera Pulau Isketambola
Satu hari, seorang lelaki berpakaian segak bernama Tuan Sadik Segaraga tiba dengan sebuah kapal di pantai Pulau Isketambola. Penduduk Pulau Isketambola, mengalu-alukan tetamu baru mereka dengan sangat mesra. Mereka sangat tertarik dengan cerita-cerita pengalaman Tuan Sadik Segaraga menjelajah ke seluruh dunia. Tuan Sadik Segaraga menunjukkan mereka beberapa duit syiling emas dari bahagian lain di dunia dan juga beberapa kertas-kertas yang digunakan oleh beberapa rakyat tempat lain sebagai wang.
Sadik Segaraga bersama Tuan Penasihat 25% Kassim Potolan
Penduduk Pulau Isketambola tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini. Wang kertas itu malah mempunyai gambar-gambar pisang  – buah kegemaran mereka. Orang yang tidak dikenali ini  juga menunjukkan mereka sebuah mesin yang mencetak wang sedemikian. Wah! Ini telah mendapat perhatian Penduduk Pulau Isketambola , kagum kerana mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini. Penduduk-penduduk pulau sangat menyukai  Tuan Sadik Segaraga, dan dijemputnya untuk tinggal dengan mereka di pulau itu.
Wang Kertas yang Ditunjukkan Sadik Segaraga
TuanSadik Segaraga telah menyakinkan orang ramai bahawa sebuah institusi yang dipanggil sebagai bank akan memberikan banyak manfaat kepada mereka. Mereka dijelaskan yang sebuah bank akan menyediakan sebuah tempat untuk simpanan wang emas dengan  selamat manakala keadaan ekonomi mereka akan bertambah baik dengan membuat simpanan, dan dengan simpanan itu dapat dipinjamkan kepada orang lain untuk penggunaan yang produktif, daripada dibiarkan tidak bergerak. Penduduk Pulau Isketambola, satu bangsa yang sangat suka untuk membantu orang lain, berfikir itu adalah satu idea yang sangat baik. Tuan Sadik Segaraga kemudiannya membina struktur bangunan kecil dengan sebuah bilik kebal didalamnya  dan mula beroperasi sebagai bank pertama di Pulau Isketambola.
Bank of Sadik Segaraga (BoSS)
Tuan Sadik Segaraga  meraikan peristiwa tersebut dengan memberi penduduk-penduduk Pulau Isketambola satu kenduri besar bersama dengan satu pesta berwarna-warni. Orang ramai menyerbu untuk menabungkan duit syiling emas mereka dengan bank. Penyimpan-penyimpan telah diberikan sehelai kertas yang dicetak untuk setiap syiling emas mereka sebagai deposit, dengan jaminan bahawa mereka boleh menebus satu syiling emas untuk setiap kertas bila sahaja mereka kehendaki.. Orang ramai sangat teruja dengan kertas “wang” mereka, malah mendapati ada gambar pemimpin mereka, Ismet Ulam Raja di sebelah pokok pisang. Tanpa ragu-ragu , Ismet Ulam Raja juga sangat gembira!
Emas Penduduk Pulau Isketambola di BoSS
Orang ramai pun mendeposit semua duit syiling emas mereka, sejumlah 100,000 kepingan-kepingan emas dan oleh itu satu nombor setara jumlah helai kertas yang sama telah keluarkan. Kini orang ramai menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati yang ianya lebih mudah daripada menggunakan duit syiling emas yakni lebih berat. Wang kertas yang dicetak oleh Tuan Sadik Segaraga oleh itu, menjadi mata wang dominan di Pulau Isketambola. Orang ramai amat suka dengan kemudahan yang mana mereka dapat menjalankan sesuatu perniagaan-perniagaan mereka dengan lebih mudah. Mereka sangat mempercayai Sadik Segaraga , kerana setiap kali mereka membawa sekeping kertas untuk penebusan emas, permintaan mereka ditunaikan. Sadik Segaraga amat disegani dan dihormati oleh masyarakat mereka.
Kini Sadik Segaraga memutuskan bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk mereka melakukan “tipu muslihat” mereka.
Tuan Sadik Segaraga mendapati di Pulau Isketambola, pada puratanya hanya 10 peratus deposit telah ditebus oleh penduduknya pada mana-mana masa tertentu. Baki yang lain, 90 peratus tinggal dalam bilik kebal. Menyedari yang kertas-kertas mereka beredar sebagai wang, Tuan Sadik Segaraga menerbitkan tambahan 900,000 kertas – kertas yang akan diedarkan sebagai wang juga! Tuan Sadik Segaraga telah mengira bahawa dengan kertas-kertas tambahan tersebut, sejumlah 1,000,000 helai kertas bakal beredar dan jika orang ramai datang untuk menebus emas, yakni 10 peratus, 100,000 deposit asal duit syiling emas akan mudah didapati untuk penebusan. (Baca Nota Kaki 1)
Tuan Sadik Segaraga meminjamkan tambahan 900,000 wang kertas kepada beberapa “rakyat miskin” Pulau Isketambola pada caj faedah 15 peratus. Rakyat Puau Isketambola tiba-tiba mendapati yang harga barangan semakin meningkat. Mereka merasa hairan dan tiada siapa boleh memahami mengapa. (Baca Nota Kaki 2)
Sebahagian dari mereka yang telah meminjam wang dari Tuan Sadik Segaraga tidak berupaya membayar kembali hutang mereka walaupun mereka bekerja sangat keras mencuba untuk dapat wang tambahan itu. (Baca Nota Kaki 3)
Perniagaan menjadi semakin kompetitif dan masyarakat menjadi semakin kurang belas kasihan dan kurang mengambil berat terhadap orang lain daripada sebelumnya. (Baca Nota Kaki 4)
Mereka menjadi amat kompetitif dalam sikap mereka dan kurang mengambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Meskipun dengan kerja keras dan persaingan sedemikian, beberapa penduduk  tidak dapat melunaskan pinjaman mereka. Mereka tidak berupaya memperoleh cukup wang membayar kembali jumlah hutang mereka. (Baca Nota Kaki 5)
Ternakan Penduduk Pulau Isketambola yang Dirampas
Tuan Sadik Segaraga mula merampas kekayaan sebenar dari pemungkir-pemungkir janji pinjaman –seperti tanah, lembu-lembu, biri-biri, dan lain-lain. Pemimpin mereka Ismet Ulam Raja juga termasuk antara mereka yang gagal membayar. Tetapi Tuan Sadik Segaraga memberinya dan penduduk lain kertas tambahan sebagai penjadualan semula pinjaman mereka. Hutang mereka semakin bertambah. Kemudian Ismet Ulam Raja gagal membayar lagi dan membuat pinjamannya dijadualkan semula sekali lagi. Kini Ismet Ulam Raja mula mengelak bertemu dengan Tuan Sadik Segaraga. Dia berasa malu dan mendapati kuasanya, ego, keberanian dan maruah telah jatuh.(Baca Nota Kaki 6)
Sebaliknya, dia mendapati Tuan Sadik Segaraga dengan perlahan-lahan menjadi sangat kaya dengan memperolehi kekayaan dari rakyatnya. Malah, dia mendapati yang kuasa, ego, keberanian dan maruahnya semakin hilang. Selepas beberapa tahun, Tuan Sadik Segaraga yang  tiba di pantai Isketambola dengan hanya satu mesin cetak, kini menjadi pemilik-pemilik kebanyakan dari tanah dan harta di pulau Isketambola. Orang ramai telah berjaya dijadikan sebagai pekerja-pekerja sahaja, sebahagiannya kini hidup dalam kemiskinan. Ramai yang terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang lama hanya untuk mempunyai cukup wang untuk menyara hidup. Mereka mempunyai masa yang amat sedikit untuk keluarga, sahabat handai dan amat sedikit untuk aktivi keagamaan.
Bencana kemiskinan membawa bersamanya, bencana sosial lain seperti jenayah, pelacuran, dan keruntuhan yang semakin parah. Budaya mereka beransur-ansur digantikan kerana Tuan Sadik Segaraga memperkenalkan satu budaya baru “hebat”, budaya  “hebat” golongan yang  kaya mengatasi rakyat miskin.
Beliau tidak berhenti disitu , sekarang ialah masa untuk kembali ke tempat asalnya bersama dengan emas – emasnya. bank tersebut tellah diberikan tanggungjawab kepada Tuan Penasihat 25% Kassim Potolan. Syiling emas tidak dapat ditebus lagi . Sebuah Bank Pusat ditinggalkan untuk penduduk Pulau Isketambola. Tuan Sadik Segaraga membuat Bank Dunia ditempatnya, dimana semua bank pusat diletakkan dibawahnya. Sementara wang cetakan Pulau Isketambola hanya laku di Pulau itu sahaja. Wang cetakan Tuan Sadik Segaraga di Bank Dunia pulak  laku di serata dunia. Bergembiralah Tuan Sadik Segaraga diatas kekayaannya memiliki kekayaan dunia dengan mencetak wang yang diperlakukan di seluruh dunia.
Bank Pusat Sadik Segaraga (CBoSS)
Nota Kaki
  1. Ini  ialah gambaran bagaimana wang dicipta dalam sistem perbankan semasa dalam agregat. Jika rizab ialah 10 peratus, kemudian dengan satu deposit 100,000 satu jumlah pinjaman yang baru telah dapat diwujudkan dengan jumalah 100,000/0.10 = 1,000,000
  2. Ini ialah untuk mudah melihat dengan bantuan persamaan pertukaran, MV = PY. Money Velocity = Price Yield. Dalam contoh ini, dengan peningkatan mendadak dalam bekalan wang M, tanpa satu tambahan selari dalam keluaran sebenar barangan dan perkhidmatan Y, harga akan meningkat, i.e. maka P akan mengkhusus kepada peningkatkan ( laju, V, adalah diandaikan tidak berubah dan malar).
  3. Pinjaman (termasuk faedah) tidak boleh dibayar balik dalam agregat kerana bahagian faedah tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan yang kepentingan 15% pada 900,000 sama dengan 135,000. Lantarannya jumlah keseluruhan wang yang boleh dibayar balik ialah 1,035,000 tetapi walau bagaimanapun, hanya 1,000,000 wujud dalam jumlah sebagai wang dalam keseluruhan sistem. Oleh sebab itu, beberapa kegagalan pada pinjaman pasti berlaku.
  4. Oleh kerana caj faedah tidak wujud dalam bentuk wang, maka akan berlaku persaingan dalam meningkatkan perdagangan.
  5. Sekali lagi, kerana tidak ada cukup wang dalam sistem itu secara keseluruhannya  hutang itu tidak boleh dibayar balik dalam agregat.
  6. Bayangkan yang anda meminjam RM10,000 dari seorang kawan. Adakah anda fikir kelakuan anda keatas kawan akan berubah, kata apabila anda bertemu kawan di jalan? Terutama apabila masa ditetapkan untuk pulangan pinjaman telah tamat tempoh?

3 comments:

  1. system kapitlist begitu lah yang kaya bertambah kaya....umat islm sepatutnya sudah bertukar kepada system islam dengan pergunaan urusniaga dalam dinar

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana melayari blog ini. Sistem kapitalis merupakan satu sistem perhambaan juga. Pihak kami juga berharap kemunculan semula penggunaan wang sunnah dan kemusnahan sistem riba. Wang sunnah merangkumi emas, perak, makanan asasi seperti beras, gandum, barley, kurma, dan juga merangkumi garam.

    ReplyDelete
  3. Gold are finite, papers are infinite. Whoever creates money system, knows what they're doing.

    ReplyDelete