Tuesday 31 May 2011

BANK-INSTITUSI RIBA?- BAHAGIAN 15

Perjanjian Pembelian Rumah dengan Bank XXX yang Mengaku Dirinya Islam

Pelanggan dan Bank dengan ini bersetuju bahawa Pelanggan hendaklah membayar kepada Bank gantirugi bagi sebarang kelewatan ke atas ansuran bulanan yang ditetapkan pada jumlah yang bersamaan dengan kadar 1% setahun dikira berdasarkan jumlah yang perlu dibayar balik dari tarikh jumlah bayaran ansuran bulanan tersebut menjadi tertunggak........

Pihak Bank berhak menarik balik atau mengubah terma dan syarat sekiranya perlu tanpa memberitahu pihak Pelanggan terlebih dahulu

Kenapakah Bank XXX mengenakan denda atas kelewatan? Adakah denda kelewatan tersebut akan membebankan pelanggan dan merupakan satu jenis riba?

Kenapa Bank boleh mengubah terma dan syarat perjanjian tanpa persetujuan bersama dengan Pelanggan? Ini merupakan perjanjian yang kuku besi dan berat sebelah

Thursday 26 May 2011

BANK-INSTITUSI RIBA?- BAHAGIAN 14

Perjanjian Pembelian Rumah dengan Bank XXX yang mengaku dirinya Islam

Pelanggan tidak dibenarkan untuk menjelaskan atau menebus hutang pembiayaan di dalam jangkamasa lima (5) tahun mulai pengeluaran pertama wang pembiayaan. 

Kenapakah pelanggan tidak boleh menyelesaikan pembiayaan  awal sekiranya beliau dapat rezeki lebih?

Mungkinkah bank tidak dapat mengaut keuntungan daripada riba yang dikenakan sekiranya penyelesaian dilakukan awal?

Wednesday 25 May 2011

RESIPI AYAM GORENG KFC TETAPI BOIKOTLAH JANGAN BELI KFC




KFC Original Fried Chicken.

  • 1 frying chicken, cut into frying pieces
  • The 11 herbs and spices (As below)
  • 2 eggs, well beaten
  • 2/3 cup milk
  • Vegetable oil to cover bottom of your skillet; about 1/2 inch deep. 


  1. Combine eggs and milk. Set aside. 
  2. Combine flour with the Italian dressing and soup mix. 
  3. Dip chicken pieces in milk-egg mixture and roll them in the flour-seasoning mixture. Repeat procedure.
  4. Fry pieces over medium heat for 25 to 30 minutes, turning often. 
  5. Remove from fire. Drain and serve.


-----ELEVEN SECRET SPICES----- 

  • 1 tablespoon Rosemary
  • 1 tablespoon Oregano leaves
  • 1 tablespoon Powdered sage
  • 1 teaspoon Powdered ginger
  • 1 teaspoon Marjoram
  • 1 1/2 teaspoons Thyme
  • 3 tablespoons Packed brown sugar
  • 3 tablespoons Dry minced parsely
  • 1 teaspoon Pepper
  • 1 tablespoon Paprika
  • 2 tablespoons Garlic salt
  • 2 tablespoons Onion salt
  • 2 tablespoons Powder chicken bouillon*
  • 1 tomato paste
  • * or 4 cubes mashed There are actually 11 spices in the above combination, but an additional 3 ingredients were necessary to derive that special flavor.

Place all ingredeints in blender with on\off spped for 3-4 minutes to pulverise, or rub through a fine strainer.

Store in an airtight container so it will not lose potency. Makes about 3/4 cup. To use with flour: Add 1 oz. mix to a cup of flour for coating chicken.

Selamat Mencuba

Tuesday 24 May 2011

SECRET RECIPE, TESCO DAN CARREFOUR TIDAK HALAL?

Sumber: http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW
 
PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

 Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut






Syarikat PURATOS ini membekalkan bahan mentah kepada SECRET RECIPE, TESCO dan CARREFOUR. Bahan mentah yang dibekalkan oleh PURATOS didapati mengandungi babi.

PETROL RON 95 BAKAL NAIK MINGGU INI

Thursday 19 May 2011

KILANG RADIOAKTIF LYNAS DI GEBENG PROJEK YAHUDI MEMUSNAHKAN MANUSIA

Syarikat yahudi laknatullah ingin memusnahkan manusia di Malaysia dengan pembinaan logi radioaktif di Gebeng, Pahang. Pelabur terbesar di dalam Lynas ialah JP Morgan dan JP Morgan sendiri adalah bank pelaburan terbesar milik YAHUDI. JP Morgan merupakan Bank yang dipunyai oleh Rothschilds anak-beranak yang merupakan Yahudi penyembah syaitan (illuminati) dan sangat memusuhi Islam

Bahan Radioaktif yang Merbahayakan kesihatan dan Kesalamatan

 
Projek Loji Radioaktif oleh yahudi di Gebeng, Pahang

Bank Yahudi yang Merupakan Pelabur terbesar Projek Ini.

Adaptasi dari: http://pemudatua.blogspot.com/2011/05/ringkasan-berkenaan-isu-lynas.html

Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini.

1.  Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2.      100% milik Lynas Australia.

3.      Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011    (March).

4.      Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5.      Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6.      Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.

7.      Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8.      Bebas Cukai selama 12 tahun.

9.    China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10.      Harga satu tan pada RM364, 800.

11.    Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12.   Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13.     Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
  • Ore dilombong di Mount Weld Australia.
  • Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.
  •  Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
  • ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan menggunakan  kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
  • Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
Thorium Dapat Menjana Uranium

14.   ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

15.   ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

16.  ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

17.   Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
  • Thorium-232 mempunyai  jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
  • Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai  jangka hayat 75,4000 tahun.
  • Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
  • Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
  • Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
  • Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
  • Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

18.   Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

19.   Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

20.   Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia.  Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

21.   Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
Kecacatan Akibat Radioaktif


22.   Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
  • Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
  • Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
  • Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
 
‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

  • Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
  • Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.
  • Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
  • Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
  • Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.
    Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
  • Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
  • ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
  • Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Wednesday 18 May 2011

PETROL RON95, GAS MEMASAK DAN DIESEL BAKAL NAIK?

Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim akan digunakan untuk RED HERRING (alih perhatian) kenaikan ini.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/164334


Harga petrol RON95 disemak bulan depan


Mei 17, 11 2:35pm
Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

azlan"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.

- Bernama

Monday 16 May 2011

PETROL RON95 BAKAL NAIK

Dijangkakan kenaikan ini akan berkuatkuasa pada Sabtu ini 21 Mei 2011 atau Sabtu hadapan 28 Mei 2011. Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim yang akan diumumkan pada hari ini akan digunakan untuk RED HERRING (alih perhatian) dari isu kenaikan harga ini. Kenaikan dijangka sebanyak RM 0.10/liter

Kenaikan harga Petrol RON95 Bakal Menaikan Kos Hidup Rakyat

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2011 akan Disensasikan untuk Menutup Tembelang (RED HERRING) Kenaikan Minyak




Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/164220 Mei 16, 11 10:37am

Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95
 


Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NONEBeliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.


Sumber: Utusan Malaysia Online 15/05/2011 11:09pm

Rakyat diminta bersedia jika harga minyak naik - Ismail Sabri

PUTRAJAYA 15 Mei – Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.

Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya. - Utusan
  

Sumber: http://www.arenakereta.com/harga-petrol-ron95-bakal-dinaikkan-sedikit-masa-lagi/

Harga petrol RON95 bakal dinaikkan sedikit masa lagi?




Harga petrol RON95 ketika ini ialah RM1.90 sen seliter, namun harga ini dijangka tidak akan kekal lama. Menurut laporan, kemungkinan besar harga petrol RON95 akan dinaikkan sedikit masa lagi memandangkan harga pasarannya ketika ini ialah RM2.70 sen seliter. Jadi kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang agak tinggi iaitu 80 sen bagi setiap satu liter.

Ada pula pendapat yang mengatakan kerajaan ketika ini mengambil langkah berhati-hati untuk tidak menaikkan harga petrol RON95 kerana bimbang akan reaksi rakyat, tambahan pula tarikh  untuk mengadakan PRU13 kian hampir. Namun dapat difahami kerajaan kian terdesak untuk mengurangkan kebanyakan subsidi yang ditanggung, terbaru harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilo, dan baru-baru ini petrol RON97 dinaikkan kepada harga baru RM2.90 sen seliter.



Jika harga petrol RON95 seperti sekarang kekal sehingga diadakan PRU13, dapat dijangkakan bahawa harganya pasti akan dinaikkan selepas itu. Bayangkan jika harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen atau 30 sen, rakyat kebanyakan pasti menanggung beban dalam perbelanjaan harian. Harga barang-barang juga pasti meningkat selari dengan peningkatan kos pengangkutan.

Seperti biasa kerajaan akan memberikan alasan harga minyak di negara kita lebih murah berbanding di negara jiran, Thailand contohnya. Apa pun alasan yang diberikan, rakyat sekali lagi akan terbeban. Sistem pengangkutan awam di negara kita masih kurang efisien, jumlah pendapatan pula masih rendah bagi kebanyakan sektor pekerjaan sama ada swasta atau awam.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, sebelum ini mereka terpaksa membeli kereta dengan harga antara yang termahal di dunia, dan kini terpaksa pula membayar harga yang tinggi untuk pilihan petrol yang ada.

Sunday 15 May 2011

SERANGAN YAHUDI, KRISTIAN, ILLUMINATI DAN FREEMASON DALAM EKONOMI DAN POLITIK


Mereka menggunakan sistem riba utnuk serangan keatas semua manusia. Sistem berasaskan riba (ringkaskan compounded interest) ini direka oleh mereka bermula pada zaman Nabi Musa a.s dan tujuannya adalah untuk menguasai ekonomi dan politik seterusnya menentang Allah.

[2.275]Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Orang mengambil riba yang dimasukkan dalam neraka dan orang itu kekal di dalamnya, sama seperti mensyirikkan Allah. Adakah perintah larangan telah sampai? tapi ada orang yang terus mengulangi mengambil riba dan dia tidak pedulikan perintah Allah apabila larangan itu sampai padanya kerana wujud pula arahan menyeru mereka agar terus mengambil riba kerana motifnya hendak menentang Allah. Mungkin inilah sebabnya keingkaran Yahudi ini terus tidak pedulikan larangan Allah dan dengan sikap ini menjelaskan dosa mengambil riba ini seperti dosa syirik. Sesiapa yang mengambil riba dan telah tahu hukuman pada pengambil riba diakhirat adalah sama seperti orang yang melakukan syirik berdasar pada ayat ini.

Allah swt akan memerangi sesiapa dari umat Islam yang mengambil atau berurusan denganan sistem riba ini. Mengapa sampai begitu Allah SWT bertindak keatas pembuat atau pengambil riba dalam sistem kewangan berasaskan riba ini. Walaupun mereka telah dilarang dalam taurat tetapi mereka tidak endahkan perintah Allah malah mereka angkuh dan terus melakukannya sehingga ke hari ini kerana hendak menentang Allah.

Dengan itu adalah jelas bahawa sistem kewangan berasas riba diasaskan oleh musuh Allah yang sejak dahulu digerakkan oleh Dajjal dan keturunannya(illuminati) dan Yahudi bertujuan untuk menentang Allah.

Kini, melalui sistem riba ini mereka telah dapat menguasai dunia, melalui kekuatan sistem kewangan riba. Mereka menguasai pemikiran dengan wang, politik dengan wang, ekonomi dikuasai dengan wang, menaja peperangan dengan bantuan wang. Boleh dikatakan hampir setiap bentuk perniagaan ada penguasaan melibatkan mereka atau berasaskan riba.

Oleh itu musuh Allah tahu pentingnya kuasa wang untuk menaja serangan dan meruntuhkan Islam. Oleh cara mengumpulkan juga penting untuk mengukuh kewangan mereka untuk menghadapi Islam. Dengan itu sistem kewangan berasaskan riba akan terus dipelihara dan diperkukuhkan bagi menentang sistem kewangan berasaskan syariat Islam.

Dengan ini sesiapa yang mengambil riba adalah umpama:

1. Orang Islam itu setuju pada sistem kewangan berasaskan riba iaitu dimana pengasas sistem berasaskan riba ini adalah musuh Allah, laknatullah. Secara langsung individu muslim itu menolak Allah dan juga menolak sistem kewangan berasaskan syariat Islam.

2. Telah membantu musuh Allah menentang dan melemahkan sistem kewangan Islam serta menentang Allah secara rasmi (formal) dan langsung (direct). Seumpama muslim itu masuk medan tempur untuk menghadapi Allah atau paling minima buat demostrasi pada Allah.

3. Muslim yang mengambil atau terlibat dengan sistem riba sebenarnya mengukuhkan agenda musuh Allah (illuminati dan yahudi) menguasai ekonomi umat Islam dan seluruh ekonomi sedunia. Seupama membiaya wang dalam senjata peperangan untuk menentang umat Islam.

4. Sistem kewangan berasaskan riba adalah sistem yang zalim dan produk musuh Allah.Muslim tidak berpendirian dan bermasalah serta hilang jati diri seorang muslim malah bersengkongkol dengan musuh Allah dengan mengambil kaedah atau produk musuh dan mengenepikan apa yang diredhai Allah iaitu produk kewangan berasaskan syariat Islam.

5. Dengan ini sesiapa dari umat Islam yang mengambil atau berurusan dengan sistem mengamalkan riba, adalah perbuatan yang jelas hendak menentang dan menghinakan Allah secara rasmi dan Allah juga akan memeranginya dan menghinakan dia secara rasmi.

[3.130] Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.

[30.39]Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya).

[2.276]Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.

Contoh yang berlaku adalah di Amerika ,kes "subprime" dimana banyak bank ditutup.

[2.278]Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

Menghentikan amalan riba ini mesti dengan segera dan tinggalkan sisa itu, jika kamu orang yang beriman dan bertakwa.

Kredit kepada Tuan OoYa, Forumer Tranungkite v11

Thursday 12 May 2011

MUNGKIN ADA LAGI ISU SENSASI YANG AKAN DIGUNA UNTUK RED HERRING KENAIKAN MINYAK

Dijangkakan bahawa akan ada pelarasan harga (Baca: Kenaikan Harga) minyak RON 95 dalam masa terdekat. Sekiranya kenaikan ini benar-benar berlaku, mungkin banyak kesan besar akan terjadi terutamanya kenaikan harga barangan lain terutamanya makanan.

MAKA DIJANGKAKAN AKAN ADA PERKARA SENSASI ATAU SENSITIF YANG TIDAK PENTING AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENGALIH PERHATIAN DARI ISU HARGA PETROL RON 95 YANG BAKAL NAIK (BACA: BN) DAN MENYEBABKAN HARGA BARANG NAIK (BACA: BN). iNILAH DINAMAKAN TEKNIK RED HERRING, SALAH SATU TEKNIK YANG CUKUP BERKESAN DALAM KAWALAN MINDA (MIND CONTROL)

Sumber: Malaysiakini 
Kerajaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95
Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

azlanMengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.
Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 01Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula.

azlan"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

azlanBarangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.

Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.
Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan

Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 02Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.

Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.

Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.

Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi.

Wednesday 11 May 2011

RED HERRING ISU AGAMA KRISTIAN DAN VIDEO ANWAR IBRAHIM-HARGA GULA NAIK LAGI 20 SEN

 KITA DIKEJUTKAN DENGAN KENAIKAN HARGA GULA SEBANYAK RM 0.20 SEKILOGRAM DISEBALIK ISU AGAMA KRISTIAN DAN PERDANA MENTERI BERAGAMA KRISTIAN DAN JUGA VIDEO ANWAR IBRAHIM. DALAM HAL INI, ISU AGAMA KRISTIAN DAN PERDANA MENTERI BERAGAMA KRISTIAN YANG DIMAINKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA YANG MUNGKIN BETUL ATAU TIDAK BETUL, NAMUN SENSASI DAN SENSITIF, TELAH DIGUNAKAN UNTUK MELEKAKAN RAKYAT SUPAYA BILA MASA MENAIKKAN HARGA GULA TIDAK DISEDARI RAKYAT.  INI MERUPAKAN SATU TEKNIK RED HERRING YANG TELAH DIGUNAKAN MEDIA ARUS PERDANA.
KENAIKAN HARGA GULA AKAN MENINGKATKAN HARGA MAKANAN LAIN DAN JUGA HARGA MINUMAN. DAN MERUPAKAN PETANDA KENAIKAN HARGA MINYAK RON95. 

Sumber: Malaysiakini


Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
azlan
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

Friday 6 May 2011

PEPERANGAN DARI ALLAH DAN RASULNYA

Semasa turunnya Nabi Isa a.s pada akhir zaman, Baginda akan melancarkan peperangan kepada puak pengikut Dajjal dan juga peperangan kepada penganut ideologi Dajjal iaitu pengamal riba.... Riba merupakan salah satu senjata terkuat bagi Dajjal

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: AKAN ADANYA peperangan dari Allah dan RasulNya (Nabi Isa?)......

Al-Baqarah 279
Wahyu ini merupakan wahyu terakhir kepada Rasulullah saw. beberapa hari sebelum kewafatan Baginda. Pengisytiharan perang kepada pengamal riba dalam ayat ini membawa sejurus sebelum kewafatan Rasulullah saw mungkin membawa erti bahawa peperangan memerangi pengamal riba yang merupakan pengikut Dajjal akan dipikul oleh seorang Rasul Allah yang akan menjadi umat Nabi Muhammad saw iaitu Nabi Isa a.s. atas perkataan AKAN ADANYA.

Semasa turunnya Nabi Isa a.s. akhir zaman, Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi, menghapuskan cukai dan jizyah, memerangi dan membunuh Dajjal. Baginda akan berganding bahu bersama Imam Mahdi yang merupakan keturunan Nabi Muhammad saw.

 Nabi Isa akan dipandang sebagai Anti-Christ (Dajjal bagi orang Kristian) kerana Baginda akan mematahkan salib dan mereka akan memerangi baginda kerana menyangka bahawa Nabi Isa adalah Anti-Christ.


Thursday 5 May 2011

RED HERRING RELOADED-ISU VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM MENUTUP KENAIKAN MINYAK

Petrol RON 97 Naik kepada RM 2.90

Video Anwar Ibrahim yang Disensasikan untuk Red Herring Kenaikan Petrol






Petrol RON 95 yang Bakal Naik. Isu Anwar Ibrahim Terus Disensasi untuk Red Herring Kenaikan Ini






Dikenali juga sebagai: Smoke Screen, Wild Goose Chase.

 

Penerangan Mengenai Red Herring

 

Red Herring membawa erti sebuah topik tidak relevan disajikan dalam rangka untuk mengalihkan perhatian dari isu sebenar. Idea sebenarnya adalah untuk memastikan para audien dipesongkan dari perhatian kepada isu yang sebenar yang mungkin sensitif dengan mengemukakan perkara baru yang sensasi dan disukai oleh audien namun tidak langsung penting bagi audien tersebut
  • Perkara A dibahas.
  • Perkara B diperkenalkan seolah-olah relevan dengan topik A (namun Perkara B sebenarnya tidak relevan  dengan topik A).
  • Perkara A akan dilupakan
Taktik ini bukan sahaja digunapakai dalam strategi persekitaran keputusan-politik (political-decision making), malah digunakan dalam pelbagai aspek untuk tujuan melalaikan perhatian orang ramai terhadap sesuatu perkara yang lebih penting. Kesannya, minda menjadi tidak peka terhadap persoalan besar dan sebaliknya menjadi tepu terhadap persoalan-persoalan kecil yang menyesakkan. Erti kata lain, minda dilemahkan terhadap isu-isu remeh temeh yang pada dasarnya langsung tiada nilai (no-value).


Teknik red herring digunakan SEMALAMi:
  1. Petrol RON97 dinaikkan 20 sen
  2. Isu video lucah Anwar Ibrahim disensasikan
  3. kenaikkan harga petrol tidak disedari dan apabila naik teus dilupakan kerana disensasikan isu video tersebut

Dalam hal ini perkara yang lebih besar adalah kenaikan harga petrol lebih penting berbanding video tersebut kerana ia melibatkan hampir semua rakyat, dan akan menaikkan harga barangan lain terutamanya makanan manakala video tersebut samada Anwar bersalah atau tidak tidak akan memberi kesan kepada ekonomi individu atau poket kita. Namun, isu video tersebut oleh kerana sensasi telah melekakan rakyat dari persoalan sebenar kenaikan harag minyak yang boleh mengontangkan poket rakyat.

Isu itu akan terus dimainkan untuk melekakan rakyat juga dari kenaikan RON95 yang bakal menyusul beberapa hari lagi......Kita tunggu kenaikan harga RON95 pula

PETROL RON 97 NAIK 20 SEN LAGI MENJADI RM 2.90 SEMALAM



azlan


























Bermula tengah malam SEMALAM, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dikatakan berpunca akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON 95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Sumber: Malaysiakini

Wednesday 4 May 2011

BANK-INSTITUSI RIBA? BAHAGIAN 13

MENGAPA SAYA KATAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN PERBANKAN ISLAM BERUNSUR RIBA DAN GHARAR

Katalah salah seorang dari saudara saya Mat datang kepada saya dan meminta bantuan kewangan iaitu pinjaman wang untuk membeli baju sekolah anak-anaknya (yang juga sudah semestinnya saudara saya). Jumlah yang mahu dipinjam adalah sebanyak RM100 dan Mat berjanji akan membayar balik secara ansuran. Terdetik didalam hati saya,"ni boleh buat duit ni, kalau mintak faedah/bunga/riba' haram jadinya, baik aku ubah sikit".

Saya: "Okla Mat, macam ni je lah, sebenarnya dari aku bagi kat engkau lebih baik aku letak kan tabung haji, bertambah gak duit aku nanti, tapi sebab engkau saudara aku, jadi aku pinjamkan kepada engkau tetapi dengan syarat.

Mat: "Syarat macamana pulak tu?.

Saya: "Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik".

Mat: "Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli".


Apa pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah diatas benar-benar berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada membeli rumah untuk diri Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba' 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.

Rujuk kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda ditempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri, sanggup menangguk di air keruh masih mahu menyedut 20 ringgit "darah" Mat dan tidak mahu membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda mengambil untung dari kesusahan orang lain?

Jika kita rujuk kes kedua untuk membeli rumah pula, tiada bezanya bagi mereka yang melabel "bank Islam" tetapi mahu memerah keringat insan lain untuk mendapatkan keuntungan atas sebab terdesaknya manusia terpaksa meminjam untuk membeli rumah. Yang membezakan adalah dizaman sekarang ini membeli rumah bukan kerana terdesak, akan tetapi lebih kepada mentaliti "beli lebih baik dari menyewa", untuk memastikan ada harta iaitu rumah dengan nama sendiri (sedangkan S&P bank simpan) dan dicanang pulak dengan iklan-iklan menawan hati oleh pemaju serta dialunkan pula dengan lagu merdu pujukan dari pihak bank, maka membeli rumah itu adalah lebih kepada desakan nafsu dan bukan desakan hidup. Didalam kes kedua (contoh Mat membelui rumah), 70 ribu "darah" Mat akan disedut hanya dengan goyang kaki sebagai pelabur menunggu masa sahaja mendapat "keuntungan", adakah wang itu bersamaan dengan masa?, adakah risiko wujud disini? Mat tak bayar, Mat kena tendang, sanggupkah anda menendang keluar saudara sendiri? Letakkan diri anda ditempat Mat, sanggupkah anda diperlakukan sedemikian?

Apa bezanya jika kita sebagai individual dengan bank memberi pinjaman dan meminta balasan dari pinjaman tersebut. Bank tidak akan peduli kesusahan peminjam kerana mereka perlu memastikan "kebajikan" pelabur. Disebabkan bank adalah institusi diiktiraf pemerintah maka pihak berkuasa akan melakukan kerja menghalau bagi pihak pelabur. Sebab itu apabila melabur di bank, pelabur tidak rasa bersalah kerana "kerja kotor" ini dilakukan oleh pihak ketiga secara sah berdasarkan undang-undang sekular. Bagi saya pula jika saya tidak suka orang lain mengambil kesempatan atas kesusahan keatas diri saya maka saya pun tidak mahu melakukan sedemikian kepada orang lain kerana saya tahu ianya akan berbalik semula kepada diri saya sendiri satu hari nanti baik didunia mahupun diakhirat. Inilah salah satu sebab manusia terpinga-pinga kehairanan mengapa manusia lain jahat atau mengambil kesempatan keatas diri mereka sedangkan mereka sendiri melakukannya tanpa sedar keatas orang lain.

Jika kita meng"islam"kan sekalipun konsep memberi pinjaman tersebut dengan pusing sana dan pusing sini, bagi nama lain "muserakah" atau "mudah rebah", pembiayaan dan bukan pinjaman, berakadlah dan sebagainya, adakah anda sanggup menjadi lintah menyedut darah saudara seislam sendiri? Kelintahan anda tidak jelas kelihatan kerana ia berselindung disebalik nama Islam itu sendiri.

Ini jika kita lihat diri kita sebagai pelabur, bagaimana pula jika kita adalah Mat atau peminjam didalam cerita ini? Ramai yang akan berkata,

"tak mengapalah, pihak bank Islam kan berjual beli dengan kita, lagi pun bank mahu membayar gaji pekerja-pekerjanya".

Ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka telah diper"hamba"kan oleh pihak bank untuk kepentingan korporat yang mana pelabur kaya akan makin kaya dengan menyedut darah mereka yang terpedaya. Anda boleh melihat betapa agresifnya sebuah bank islam tempatan yang dibeli sahamnya oleh pelabur dari Timur Tengah, begitu rancaknya mereka bersaing dalam arena "menyedut darah" masyarakat Islam dinegara kita untuk memastikan keuntungan korporat mereka.

Baik konvensional atau islamik, manusia tetap diperhambakan oleh golongan bank ini, disini kita boleh kategorikan dua jenis perhambaan perhambaan yang berlaku,

1) Perhambaan fizikal yang mana setiap bulan selama 20-30 tahun atau berapa tahun sekalipun tempoh pinjaman, peminjam akan menjadi pembayar yang setia kepada bank walaupun rumah yang mereka beli itu terbengkalai ataupun harganya jatuh. Jika bank itu sebuah perniagaan maka bank juga harus mengambil risiko kehilangan wang apabila projek terbengkalai atau harga rumah jatuh dengan memulangkan kembali wang lebihan bayaran selepas mengira harga rumah pada pasaran selepas tamat tempoh pinjaman. Ini tidak, terbengkalai ke, harga jatuh ke, Islam tak Islam, bayar sampai habis. Adakah ini suatu yang islamik atau sesuatu yang zalim atau menindas?

2) Perhambaan mental. Katalah anda mengambil pinjaman rumah dan kereta secara Islamik, setiap bulan anda ada komitmen untuk membayar ansuran kepada bank. Satu hari anda mendapati bos anda mengambil rasuah. Jika anda lapurkan kepada pihak atasan, bos kamceng dengan pihak atasan, nak lapur pada BPR, bos anda ini ahli politik ternama, jadi disebabkan anda takut kehilangan kerja yang mana bayaran ansuran bulanan rumah dan kereta akan tersangkut , kemungkinan besar anda hanya akan mendiamkan diri sahaja terhadap kemungkaran yang berlaku didepan mata. Tindakan anda pasti akan berbeza jika anda tiada apa-apa komitmen untuk dirisaukan. Ini hanyalah satu contoh kecil yang mana disebabkan hutang baik islamik atau tidak, ramai antara kita yang sanggup menutup mata dari menghukum kemungkaran. Bagi yang tidak beriman maka dia pun akan meneladani bosnya, bagi yang masih ada saki baki iman, maka hiduplah didalam keadaan tertekan, stress dan sebagainya.

Sistem perbankan islamik diwujudkan selepas manusia bertahun-tahun hidup didalam keadaan stress dan tertekan dengan sistem konvensional. Disebabkan sistem ekonomi ala barat ini semakin hari harga barang semakin meningkat (walaupun sebenarnya nilai wang itu sendiri yang menyusut), manusia terpaksa bersaing untuk mengumpul sebanyak wang yang mungkin untuk menampung kenaikan harga barang dan semakin hari semakin tertekan.

Apabila hidup didalam keadaan tertekan, keadaan "fight or flight", mentaliti manusia menjadi lebih kepada kepentingan atau keselesaan individu (selfish) akan menyerlah berbanding dengan kepentingan kumpulan atau masyarakat. Contoh yang paling nyata amat jelas sekali didalam kehidupan seharian kita, lihat bagaimana umat Islam kita sembahyang berjemaah hari ini, masing-masing suka kepada keselesaan sendiri dan menjarakkan antara satu sama lain sedangkan Nabi sudah berpesan agar rapat antara satu sama lain ketika solat jemaah. Ini adalah antara kesan psikologi yang manusia tidak sedari sedikit demi sedikit telah mempengaruhi kehidupan dari segi tingkah laku dan perbuatan mereka, termasuklah dalam bab mencari kekayaan. Jadi mereka yang Islam dan mahu menjadi semakin kaya akan memutarbelitkan sistem perbankan dan mengislamkannya untuk memastikan duit mereka tidak hilang (kekal selesa), sedangkan wang itu sendiri bukanlah suatu untuk diniagakan, malah pada pendapat saya bank itu sendiri tidak perlu wujud sebenarnya. Jika perlu wujud sekalipun hanyalah sebagai badan untuk mejaga kepentingan seluruh umat manusia dan bukan sebagai alat atau mekanisme untuk memastikan kekayaan kepada golongan tertentu sahaja.

Hanya selepas 1100 tahun kedatangan Islam baru lah wujud "makhluk" yang dinamakan bank, dan siapa yang mengasaskannya? Tidak lain adalah Yahudi yang mengawal ekonomi British dengan penubuhan Bank of England pada abad ke 17. Dan dunia Islam yang telah lama hidup dengan sistem riba' didikan barat ini hanya memutarbelitkan proses pinjaman dengan terma, nama, akad dan sebagainya sedangkan prinsip disebaliknya adalah sama. Jangan terkejut ada "Sheikh" British yang menentang sistem jajaan Yahudi ini, siapakah "sheikh" tersebut? Tidak lain beliau adalah William Shakespere menerusi karya klasiknya "Merchant of Venice". Ini antara bukti kristian pada awal kurun ke 17-18 juga amat menentang riba' akan tetapi sebab kawalan minda yang berkesan maka sedikit demi sedikit ianya lenyap dari kamus keagamaan mereka.

Jika kita lihat wang kertas itu sendiri, adakah nilai wang itu tersimpan didalamnya? Adakah nilainya disandarkan kepada emas dan kita sebagai rakyat boleh pergi ke bank untuk menukarkan dengan emas? Mengapa inflasi tetap didalam ekonomi? Mengapa nilai wang semakin hari semakin menurun? Jika wang didalam sistem kewangan moden itu sendiri tidak wujud sebagai suatu yang nyata iaitu punyai nilai didalamnya maka bagaimana kita boleh me"niaga"kan suatu yang tidak jelas itu?

Seperti yang telah saya ceritakan didalam artikel Cerita Wang 1, barat menakluk hampir kesemua negara didunia ini dan meninggalkan dua virus pemusnah manusia yang utama iaitu kerajaan sekular dan juga sistem perbankan barat. Kerajaan sekular adalah kerajaan yang menidakkan hukum Allah, apa yang diharamkan oleh Allah dihalalkan contohnya riba', judi dan arak. Virus kedua pula adalah sistem kewangan berasaskan riba'. Dan apabila virus ini sudah menyelinap kedalam salur darah masyarakat maka mereka hanya perlu memberi arahan jarak jauh "remote control" sahaja untuk mengawal sesuatu negara itu, tak percaya lihatlah hutang luar negara yang tak habis-habis dibayar dan sudah semestinyalah beserta dengan riba'nya sekali.

Pada pendapat saya bank tidak sepatutnya diwujudkan sebagai perniagaan kerana wang bukanlah sesuatu yang sepatutnya diniagakan lebih-lebih lagi apabila nilai wang itu tidak berada didalam wang itu sendiri. Nilai wang kita berada didalam genggaman mereka yang mengawalnya iaitu Yahudi laknatullah dan amat sedih sekali berapa ramai pemimpin kita yang sedar akan keadaan ini?

Saya perhatikan di hospital kerajaan dengan hanya membayar RM1 sahaja kita sudah boleh mendapat rawatan doktor, maka timbul persoalan difikiran saya mengapa kerajaan tidak boleh memberi pinjaman tanpa riba' atau tanpa faedah kepada rakyat dengan mewujudkan bank yang beroperasi sedemikian dan sebaliknya mengenakan jumlah sebenar kos perubatan kepada rakyat? Bukankah tekanan atau stress itu penyebab utama peyakit merbahaya dinegara kita seperti sakit jantung dan darah tinggi yang mana jika dikaji kembali puncanya adalah dari wang. Dan apabila saya berfikir lagi saya mendapat jawapannya, kerana jika manusia tidak stress atau tertekan, mereka akan lebih sihat jadi industri perubatan swasta tidak boleh mengaut darinya. Jika kekal ikut cara biasa, dari bank boleh buat duit dan begitu juga dengan dari industri perubatan swasta, maka semakin cepatlah yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin.

Kredit kepada: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/04/mengapa-saya-kata-pinjaman-rumah_25.html#ixzz1Gfm26e2u

Monday 2 May 2011

OSAMA BIN LADEN TERBUNUH? MESEJ PERANG DARI BARRACK OBAMA

UCAPAN PENGESAHAN ENCIK BARRACK OBAMA  TENTANG KEMATIAN OSAMA LADEN


WASHINGTON: Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan yang dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS), kata Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman menerusi televisyen negara itu, sebentar tadi. - AFP
Baru-baru ini WikiLeaks mendedahkan bahawa Al-Qaeda mempunyai peledak nuklear (nuclear warhead) yang dikatakan boleh mengandam negara Amerika Syarikat.

Bagi pendapat kami,  berita kematian Osama merupakan satu mesej peperangan dari Barrack Obama di mana SKRIPNYA  Al-Qaeda akan membalas dendam atas kematian menggunakan peledak nuklear yang dikatakan wujud pada mereka dan Barrack Obama akan membalas kembali serangan Al-Qaeda dengan melancarkan peperangan terhadap negara yang dipilih. kita tidak tahu negara mana yang akan dipilih oleh barrack Obama untuk diserang sekiranya SKRIP FILEM tersebut benar-benar terjadi.

Menurut teori konspirasi, Osama sebenarnya tidak wujud, watak tersebut digunakan untuk menjadi kambing hitam untuk melancarkan peperangan terhadap umat Islam oleh pihak Yahudi dan Kristian laknatullah

Dijangkakan juga dengan berita kematian Osama, nilai matawang US Dollar akan meningkat buat beberapa ketika dan nilai harga emas dan perak akan jatuh kerana US Dollar akan mengukuh buat beberapa ketika sebelum kenaikan semula harga emas dan perak