Wednesday, 28 December 2011

KAWALAN MINDA (MIND CONTROL)- MESEJ SUBLIMINAL




Apa itu Subliminal Message? Subliminal Message merupakan signal atau mesej yang ditanam dengan cara atau medium berlainan dan direkacipta khas untuk menembusi had biasa minda dan persepsi manusia. Mesej ini tidak dapat di kenalpasti oleh minda sedar tetapi dalam beberapa keadaan atau situasi ia mampu mempengaruhi minda separa sedar dan mengakibatkan pengaruh positif atau negatif bergantung kepada message yang dihantar. Individu yang dipengaruhi oleh subliminal message ini kemudiannya akan dengan sendirinya bertindakbalas melalui samada pemikiran, tindakan, kelakuan, perangai, sistem kepercayaan dan nilai-nilai murni. Terma subliminal berasal daripada perkataan Latin. ‘Sub’ bermaksud ‘bawah’ dan ‘limen’ bermaksud ‘ambang’. Ini bererti subliminal message mampu menerobos minda di bahagian bawah tanpa memasuki pintu atau laluan yang betul. Maknanya, masuk terus ke minda separa sedar tanpa melalui minda sedar. Subliminal ini dipancarkan dengan kadar yang sangat laju iaitu antara 16 – 24 milisaat. Namun pengaruh yang dilakukan oleh subliminal mesej ini sangat hebat.

Mesej-mesej subliminal adalah dalam bentuk perkataan yang ditulis secara halus, gambar atau suara yang ditunjukkan samada secara pantas atau secara samar-samar dan kabur melepasi tahap kesedaran anda. Jika mesej-mesej yang anda terima itu secara ‘direct’ tanpa mesej subliminal, sudah tentulah segala maklumat yang diterima di dalam kesedaran itu boleh dinilai, dikritik, dibincangkan, diperdebatkan, dan besar kemungkinan di tolak mentah-mentah.

Anda biasanya tidak dapat melawan dan menolak semua mesej subliminal yang telah diprogramkan mengikut kehendak mereka kepada kesedaran minda di bawah sedar anda. Segala maklumat-maklumat dan mesej-mesej subliminal itu akan disimpan di dalam otak anda dan berkeupayaan untuk mempengaruhi pertimbangan, kelakuan dan peribadi anda.

Untuk lebih memahami istilah kawalan minda menggunakan mesej subliminal cuba perhatikan gambar di bawah:

Perhatikan batu Nisan Ini


Orang yang menghadiahkan batu nisan kepada si mati yang bernama John ini Nampak seolah-olah sangat jiwang namun sangat membenci John tersebut. Kenapa dikatakan begitu. Cuba perhatikan pula gambar yang sama tetapi yang akan menerangkan kenapa begitu.

Batu Nisan ini Menyatakan Kebencian Orang Lain kepada John


Orang yang menghadiahkan batu nisan tersebut menghantarkan mesej secara subliminal yang mengatakan mereka sangat membenci John sehinggakan menulis “FUCK YOU” pada batu nisan tersebut secara tersirat.

Gabenor California, Arnold Schwarzenegger pernah menghantarkan surat untuk “veto” sesuatu keputusan dan dalam surat tersebut juga secara tidak langsung beliau mengatakan “I FUCK YOU” secara tersirat

Surat Veto dari Arnold Schwarzenegger yang Secara Halus Memaki hamun


Mesej subliminal digunakan bagi menyampai sesuatu maklumat atau propaganda secara halus yang mana pihak yang mengahantar mesej tersebut boleh mengelakkan diri dari dipersalahkan sekiranya propaganda yang dihantar tersebut dihidu pihak lawan atau orang awam. Mereka akan mengatakan bahawa itu adalah tidak sengaja atau kebetulan sahaja. Contonya gambar di bawah menunjukkan bahawa cubaan untuk menunjukkan bahawa Barrack Obama adalah “Sang Penyelamat” bagi penganut Kristian.

Barrack Obama Digambarkan sebagai Saint atau Sang Penyelamat


Gambar Jesus Digambakan sebagai Saint / Penyelamat dalam Kristian


Pernah timbul kontroversi di mana Anugerah Juara Lagu 24 TV3 penuh dengan mesej pihak freemason dan illuminati seolah-olah krew dalam penerbitannya adalah diarahkan oleh pihak atasan yang mungkin ahli freemason untuk mempromosikan freemason. Dalam gambar ini mesej subliminal berkenaan pihak freemason dan illuminati dipaparkan sebagai piramid dan juga dua tiang yang menjadi kepercayaan freemason iaitu Joachin dan Boaz. Lambing mata satu atau “All Seeing Eye” yang dikaitkan dengan freemason juga dipaparkan dengan jelas dalam rancangan ini. Adakah ini satu bentuk mesej subliminal?

Piramid dan Tiang Jachin Boaz




All Seing Eye





Dalam logo dan ikon beberapa syarikat korporat, ada juga mengandungi mesej subliminal. Contohnya lambing Starbuck yang memaparkan seorang wanita. Wanita tersebut merupakan Dewi Dagon, iaitu Dewi yang disembah oleh puak Yahudi purba. Seolah-olah mempromosikan penyembahan berhala dan kepercayaan paganism.
Lambang Starbuck


Dewi Dagon


Ronald McDonalds bagi syarikat McDonalds digambarkan sebagai seorang badut yang sangat baik hati dan sangat menyayangi kanak-kanak. Maka apabila menonton iklan McDonalds, secara tidak langsung kanak-kanak akan terpengaruh dan akan memaksa ibu bapa mereka ke McDonalds untuk menjamah McDonalds, namun mereka tidak sedar bahawa McDonalds menyumbangkan ufti kepada Israel untuk kegunaan keganasan mereka. McDonalds juga menyumbangkan kepada obesity kepada kanak-kanak.

McDonalds Penyumbang kepada Israel Untuk Keganasan


McDonalds Menyebabkan Kegemukkan dan Obesiti


Di dalam logo kelab bola sepak Manchester United, penuh mesej subliminal yang berunsurkan kesyaitanan. Tema bagi Manchester United sendiri, RED DEVIL membawa maksud syaitan merah dan di dalam logonya juga imej yang digambarkan sebagai syaitan dimasukkan.

Untuk difikirkan……Not 1 Dollar Amerika Syarikat penuh dengan mesej subliminal yang menyatakan berkenaan pertubuhan rahsia yang ingin menguasai bumi. Sekiranya anda mempunyai wang tersebut, perhatikannya dengan teliti dan anda akan dapatinya.

Not 1 Dollar USA


Sumber dan adaptasi:

Thursday, 1 December 2011

BANK-INSTITUSI RIBA? BAHAGIAN 21

PENDEDAHAN RINGKAS-SISTEM KESELAMATAN PERBANKAN ELEKTRONIK CIMB DIKAWALSELIA OLEH ZIONIS DAN ISRAEL



ADAPTASI DARI SUMBER ASAL: 



Sumber: Bernama


Sistem Keselamatan perbankan elektronik CIMB dikawalselia oleh NICE SYSTEMS LTD. seperti di dalam berita yang dipaparkan di bawah, NICE mengendalikan sistem sekuriti CIMB secara 'remote'. Berita ini juga dilaporkan di dalam Israel Business News.








Menurut Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/NICE_Systems CIMB merupakan di antara pelangan utama bagi NICE SYSTEMS LTD. NICE juga didapati beribu pejabat di Ra'anana, Israel.







Dipaparkan juga di bawah maklumat perhubungan penuh (alamat, no. telefon dan fax) bagi  NICE SYSTEMS LTD. NICE. NICE SYSTEMS LTD. NICE juga didapati disenaraikan di dalam pasaran saham Israel, Tel Aviv Stock Exchange.




sumber : nice.com





Sumber : reuters finance\

NICE SYSTEMS LTD. juga didapati dikendalikan oleh BEKAS AGEN PERISIKAN ISRAEL (MOSSAD. Adakah anda yakin segala maklumat kewangan dan data peribadi anda selamat di tangan mereka? yang mana juga diuruskan oleh bekas pegawai risikan mossad Israel?



Sumber : mossadassassins







Sumber : haaretz.com