Monday, 30 May 2011

MIND CONTROL BAHAGIAN 1-ASAS

 Adaptasi dari Blog Konspirasi Sepanjang Zaman dan Umat Terakhir
MIND CONTROL: Bahagian 1

pre

Selepas ‘pengetahuan rahsia’ yang tertanam sejak zaman Nabi Sulaiman berjaya digali keluar oleh Knights Templar, maka agenda mewujudkan perang akhir zaman pun bermula dalam satu garis benang yang sangat halus.
Pengetahuan rahsia itu digunakan bagi membuka dimensi antara dunia manusia dengan dunia syaitan, dan perancangan demi perancangan dibuat dengan bantuan syaitan untuk merealisasikan impian Yahudi menubuhkan negara sendiri.
Ia juga untuk menyambung usaha Dajjal (di pihak syaitan) dalam mempersiapkan kemunculan terakhirnya, menjalin lingkaran setiap pusat tenaga di seluruh dunia berbekalkan monumen-monumen sejarah pelik yang dibina Dajjal dan pada masa yang sama membina bangunan-bangunan pencakar langit yang moden dengan teknik senibina berunsur mistik bagi menjadikan jalinan tenaga mencapai tahap maksimum untuk membuka gerbang syaitan seluas-luasnya di akhir zaman nanti. Semua binaan itu termasuk binaan sejak zaman purba, akan menjana satu tenaga yang mampu membuka pintu kedatangan Dajjal. Ia adalah bayaran kepada Dajjal selepas para syaitan memberi kedudukan tinggi di dunia kepada Yahudi dan sekutunya. (sila rujuk Tenaga Ritual Siri Satu).
Hubungan dengan syaitan secara terus (face to face) yang terputus selepas zaman Nabi Sulaiman disambung semula sebaik sahaja pengetahuan rahsia digali keluar. Ia adalah episod kedua kepada kisah hubungan jin dan syaitan dengan manusia. Hubungan secara terus ini membolehkan para penyembah syaitan merealisasikan impian mereka terhadap kekayaan dan kekuasaan dunia (impian manusia) dan mempercepatkan kedatangan Dajjal (impian syaitan) secara serentak. Rancangan halus yang penuh tipu daya.

Untuk mendapatkan kuasa politik dunia, Perang Dunia Pertama dirancang dengan teliti. Negara-negara pagan (Eropah) dilibatkan, kerajaan empayar Islam terbesar Turki Uthmaniah yang menguasai Jerusalem ketika itu juga dilibatkan sama. Tujuannya mudah, iaitu untuk mengheret Turki Uthmaniah ke kancah pentas perang besar dan pada masa yang sama meruntuhkan sistem politik Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniah dengan bantuan tali barut dalaman di Turki. Di akhir perang Dunia Pertama, empayar Turki Uthmaniah hampir berpecah, hampir menjadikan Jerusalem dan Palestin terkeluar daripada kekuasaan Turki Uthmaniah. Motif pertama disempurnakan Yahudi dengan mudah sebaik masuk ke fasa kedua. Ia mungkin tidak dapat dijayakan dengan mudah jika tiada bantuan kepakaran tipu daya yang dibekalkan syaitan kepada pengikutnya, Yahudi.

Yahudi tidak gelojoh di peringkat awal, mereka tidak segera merampas Palestin. Sebaliknya mengambil masa yang agak panjang untuk mereka masuk ke fasa dua dalam menjayakan perancangan jahat.
Laporan akhbar The Palestin Post cetakan 15 Mei 1948 mengenai penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948

Pada pertengahan abad ke-20, agenda jahat diteruskan semula selepas perancangan rapi disusun untuk meledakkan dunia dengan Perang Dunia Kedua. Agendanya sama, merampas Palestin dan menguasai Jerusalem, dan juga menjadikan politik dunia sebagai satu realiti kotor untuk mereka berkuasa. Perang Dunia Kedua kemudian berakhir dengan meninggalkan kesan seperti PBB ditubuhkan untuk menjamin keamanan dunia, ia juga menjadi detik pemberian kuasa Veto kepada Amerika oleh PBB, kuasa Veto yang membawa kepada titik mengejutkan dunia apabila pada 1948 di mana negara haram Israel dibuka melalui dasar ketenteraan yang patut kita ludah, ia adalah hasil restu Amerika yang berkuasa Veto. Palestin yang sudah tidak berada dalam pentadbiran Turki Uthmaniah (empayar ini nyaris hancur selepas Perang Dunia Pertama, dan diranapkan terus selepas Perang Dunia Kedua dengan bantuan tali barut dalaman di Turki melalui strategi politik), dirampas dengan mudah untuk menempatkan Yahudi yang kononya menjadi mangsa penindasan dan perlu dibela walaupun langkah itu dikecam dunia Islam, kecaman yang dibuat negara-negara Islam tidak diendahkan kerana Islam tidak Veto kepada dunia.

Dari segi realiti sejarah, itulah yang sebenarnya berlaku. Dan dari segi penulisan sejarah pula, kita diberitahu dengan kaedah lain, atau maksud lebih terang ialah kita ditipu. Ia sama dengan istilah sulit yang digunapakai CIA,‘complete the job, destroy the evidence and make new story, convince the press  (buat cerita baru supaya pihak media percaya dan menulis berita seperti mereka mahu)’.
Minda kita dikawal supaya kita berfikir seperti yang mereka mahu. Yahudi dan sekutunya mengubah sejarah, kerana sejarah adalah permulaan kepada kebenaran. Selepas sejarah (permulaan) diubah, maka akan lebih mudah untuk mereka meneruskan ‘cerita bohong’ dan mewujudkan lebih banyak ilusi untuk kita ikut dan percaya.
---

Kita masuk dahulu ke topik mind control, saya hanya sekadar berusaha supaya kita semua sedar dan segera membebaskan akal daripada sistem perhambaan minda yang dirancang Illuminati dan Dajjal. Bebaskan minda kita dan minda anak-anak kita terlebih dahulu. Bebaskan minda sebagai langkah pertama kerana akan lebih mudah memahami perkara-perkara lain dan mampu melihat semua kepalsuan dengan lebih jelas apabila minda kita sudah dibebaskan ke landasan yang difitrahkan.

Apabila minda-tubuh-jiwa dikuasai, manusia akan bergerak seperti
boneka mengikut kemahuan The Puppet Master


Mind Control

Chakra (dalam amalan yoga) menurut kefahaman saya ialah koordinasi sistem tenaga tubuh yang mengawal fungsi minda, jiwa dan tubuh manusia. Ia melibatkan 7 pusat Chakra iaitu Muladhara (tulang belakang), Svadisthana (kemaluan/seks), Manipura (perut/nafsu makan), Anahatha (hati/jiwa), Visuddha (lisan), Ajna (penglihatan) danSahasrara (minda). Semua 7 Chakra ini memainkan peranan dalam mencorak pemikiran, tingkah laku dan daya intelek seseorang manusia.

Chakra dan sistem tubuh yang berkoordinasi dengan minda


Dalam usaha Yahudi dan sekutunya untuk menjadikan manusia sebagai hamba mereka, maka mereka berusaha menguasai Svadisthana, Manipura, Anahatha, Ajna dan Shasrara yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia melalui strategi-strategi sulit yng digerakan dalam operasi halus. Mereka tahu kelemahan kita, dan sentiasa mengambil peluang untuk menguasai kita sepenuhya !! Supaya kita terus leka dan tidak mengambil tahu terhadap semua perancangan mereka untuk memusnahkan kita.
---

Strategi menguasai Svadisthana (kemaluan/nafsu seks), Ajna (penglihatan) dan Anahatha (hati/jiwa)

Untuk menguasai Svadisthana (nafsu seks) dan Ajna (penglihatan) manusia, mereka menyajikan hiburan Hollywood yang memaparkan aksi ghairah dan lucah melalui filem-filem blockbuster dan porno/lucah yang mudah menggoda nafsu golongan belia. Kesan daripada penguasaan Svadistana dan Ajna, para wanita mula berpakaian seksi bagi menarik perhatian jantina berlawanan atau sekurang-kurangnya berani mencuba untuk memikat jantina berlawanan hasil daripada ‘ilham’ tontonan karya jahat Hollywood. Para lelaki pula tanpa henti berfikir cara bagaimana untuk memikat dan menjadikan wanita sebagai pemuas nafsu dan berganti-ganti pasangan. Ia adalah kesan yang merosakkan keturunan manusia. Hollywood mula memaparkan seks bebas sebagai cara hidup sambil pada masa sama menyampaikan propaganda hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Ia membawa kepada letusan atau ledakan pemikiran baru di kalangan golongan muda-mudi di serata dunia, seks menjadi antara perkara yang dikejar oleh golongan belia untuk keseronokan melayan nafsu atas nama hak asasi manusia dan hak kebebasan. Ia sudah melanda Amerika, Eropah, Asia dan tidak terkecuali bumi Melayu.


Inilah hak-hak asasi manusia berteraskan seks yang 
diperjuangkan muda-mudi sekarang, Malaysia pula bagaimana?

Tidak perlu dikepilkan keratan akhbar untuk menggambarkan betapa serius masalah seks bebas di serata dunia, kita semua sedia maklum dengan masalah seks bebas di negara kita sendiri, lihatlah betapa ramai anak muda kita yang menjadi hamba Yahudi hanya kerana menurut nafsu syahwat di jalan yang salah (tanpa perkahwinan yang sah), ia terus menjadikan anak-anak muda lupa kepada agama, juga lupa kepada amaran Nabi Muhammad mengenai kedatangan Dajjal. Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar ketika kita semua sudah lupa akan janji Allah terhadap kemunculan semulanya di akhir zaman. Dia akan keluar ketika semua manusia leka mengejar tuntutan nafsu seks, seperti ketika kaum Lut didatangi musibah akibat terlalu dahaga akan seks yang dilarang (zina, homoseksual, lesbian). Dan…seks terlarang (zina & homoseksual) juga adalah perangsang kepada tenaga ritual yang mempercepatkan kedatangan Dajjal.

Motif Dajjal dan Illuminati menguasai kehendak seks manusia ialah untuk menjadikan manusia leka mengejar keseronokan seks sehingga menjadikan manusia lupa kepada tujuan asal mereka diciptakan!! Ia juga motif untuk menjadikan golongan muda-mudi hanya menumpukan seks sehingga tidak mempedulikan perjalanan politik dunia yang sedang bergolak!!, ia juga untuk menjadikan manusia leka sehingga tidak menyedari agenda sulit yang direncanakan oleh golongan Illuminati !! Ia adalah supaya manusia berhenti berfikir secara waras apabila nafsu seks mula menguasai minda. Dijajah dan dikuasai serta diperhamba melalui perantaraan nafsu seks. 

Umat Islam bukan satu-satunya golongan yang terjerat dalam agenda ini, malah seluruh umat manusia termasuk Kristian, Hindu, Buddha dan penganut lain-lain agama juga turut dijerat dan diheret ke dalam agenda jahat ini. Ia adalah strategi para penyembah syaitan untuk memesongkan minda manusia ke arah tujuan lain iaitu seks, seterusnya menjadikan manusia tidak mengambil tahu terhadap setiap apa yang berlaku di dunia hari ini. Jika kita mengambil tahu terhadap perkembangan politik dunia dan memahami puncanya serta menyedari tujuan asal kita diciptakan, kita tidak akan sekali-kali terjebak ke kancah jerat Yahudi.
---

Strategi menguasai Manipura (perut/nafsu makan) dan Anahatha (hati/jiwa)

“Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air(dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumput, untuk kesenangan kamu dan untuk binatang ternakmu.” (Quran, 'Abasa: 24-32). (Sumber Terjemahan: Lembaga al-Kitab Indonesia)

Salah satu mesej daripada petikan al-Quran di atas ialah perintah Allah kepada manusia supaya memerhatikan makanan (rezeki) yang dikurniakan. Memerhati bukan hanya bermaksud melihat sambil berfikir, tetapi menyelidik untuk mengetahui dengan lebih arif mengenai perkara yang diperhatikan itu, dalam konteks ini ialah makanan. Ketahuilah apa yang kita makan, kepada siapa kita bayar untuk membeli makanan dan apa yang kita dapat, hanya sekadar mendapat kenyang atau mudarat daripada kenyang?

Kita teliti dahulu penjelasan perihal makanan mengikut sumber-sumber Islam yang dipetik dari http://media.isnet.org/islam/Quraish/Wawasan/Makanan1.html hasil tulisan Dr Quraish Shihab. Menurut pendapat seorang ulama besar bernama al-Harali (meninggal dunia pada tahun 1232M), setiap butir makanan dan setiap titis minuman mampu mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental seseorang. Al-Harali juga membuat kesimpulan bahawa sumber makanan yang tidak halal atau syubahah (ada unsur was-was) akan menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan jiwa (Anahatha) dan buruk budi pekerti.

Menurut garapan maklumat yang dipetik Dr Quraish juga, dia turut menyampaikan maksud keselarian antara pendapat seorang ulama Syaikh Taqi Falsafi dengan kajian pemakanan kontemporari yang dibuat oleh pakar pemakanan dari Barat. Syaikh Taqi dalam bukunya Child Between Heredity and Education dengan mengutip pendapat Alexis Carrel (daripada buku Man of the Unknown) menyatakan bahawa: (setelah dialih dari bahasa Indonesia kepada bahasa Melayu):

“Pengaruh daripada kombinasi kimia makanan terhadap aktiviti jiwa dan fikiran manusia belum diketahui secara sempurna, kerana belum lagi diadakan eksperimen secara saintifik. Namun tidak dapat diragui bahawa perasaan manusia boleh dipengaruhi oleh kualiti dan kuantiti makanan yang diambil.” – Terjemahan dari buku Child Between Heredity and Education, Syaikh Taqi Falsafi, Indonesia.

“Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Quran, al-Baqarah: 168) (Sumber Terjemahan: Lembaga al-Kitab Indonesia)
--

Tidak perlu dijelaskan secara panjang lebar, cukuplah jika kita hanya memetik ayat daripada al-Quran dan disusuli dengan penjelasan oleh ulama Syaikh Taqi serta al-Harali untuk menjelaskan mengenai pengaruh makanan kepada jiwa manusia.

Lihatlah dan perhatikan makanan-makanan dari Barat yang disajikan kepada kita, McDonalds, KFC, Pizza Hut, Baskin Robin dan sebagainya. KFC pula sudah terkenal dengan gabungan 11 rempah ‘rahsia’ untuk menaikkan rasa hidangan ayam gorengnya, begitu juga dengan makanan-makanan dari Barat yang lain, turut mempunyai rahsia resepinya.
Makanan-makanan itu juga boleh menyebabkan manusia mengalami masalah berat badan, obesiti dan seterusnya memudaratkan kesihatan sehingga menyebabkan pelbagai penyakit yang membawa kematian. Ia adalah strategi mudah untuk ‘melenyapkan populasi’ dengan perancangan kematian kepada manusia, kesan daripada penyakit yang disebabkan makanan-makanan seumpama itu. Yahudi mahu membunuh kita secara perlahan melalui makanan-makanan segera.
Ia juga adalah strategi untuk
Kesan kesihatan daripada menu makanan segera Barat yang tidak sihat
Di sudut ekonomi, kita secara terus menyumbang dana kepada Yahudi melalui perbelanjaan kita ke arah firma-firma makanan francais dari Barat. Secara tepatnya, kita berbelanja untuk membeli makanan yang dicipta Barat untuk merosakkan minda dan jiwa kita sendiri.

Tidak cukup dengan itu, kita pula membeli susu formula ciptaan Barat untuk menyusu anak-anak kita. Susu-susu formula pula dikatakan mampu menjana minda kanak-kanak supaya pintar dan cerdas. Dari sudut lain pula, tidakkah kita pernah terfikir bahawa zat yang diperoleh daripada susu-susu formula itu akan mempengaruhi jiwa anak-anak kita? Minda anak-anak kita sudah dicorakkan dan dikawal sejak mereka lahir lagi melalui susu-susu formula, ia kemudian mempengaruhi minda dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Janganlah kita tertanya-tanya…kenapa anak-anak kita hari ini sudah tidak menghormati orang tua, terlalu suka menonton TV dan menggemari hiburan? Ia mungkin disebabkan pemakanan dan penyusuan ala Barat yang telah kita berikan sejak dia masih kecil lagi.

“Para ibu (hendaklah) menyusukan anaknya dua tahun sempurna, bagi siapa yang hendak menyempurnakan (tempoh) penyusuan.” (Quran, al-Baqarah: 233) (Sumber Terjemahan: Lembaga al-Kitab Indonesia)

Bukankah manusia diperintahkan supaya menyusukan anak daripada susu badan? Walaupun perintah Allah melalui ayat itu hanya bersifat pilihan dengan kalimah: ‘bagi siapa yang hendak menyempurnakan (tempoh) penyusuan’ , ia juga bermaksud penyusuan dengan susu badan itu amat digalakkan dalam Islam.

Dan jika tiada pilihan untuk disusukan kepada anak-anak selain susu formula, maka pastikan keperluan lain dipenuhi dan diutamakan seperti adab sopan, pengetahuan, ilmu yang seimbang antara dunia dan akhirat, jadikan dia sebagai insan berguna, bukan sebagai hamba kepada Yahudi.
--

Strategi menguasai Ajna (penglihatan) dan Sahasrara (minda)

Setiap kali melihat bangunan kubah emas ini, apa yang anda namakan kepada bangunan ini? Anda sebut ini Masjid al-Aqsa? Anda fikir ini Masjid al-Aqsa kerana siaran berita di televisyen mengatakan ini masjid al-Aqsa? Hanya kerana berita di televisyen menunjukkan imej ini setiap kali timbul isu di Masjid al-Aqsa, maka anda fikir inilah Masjid al-Aqsa? Anda silap, kerana penglihatan dan minda sudah dikuasai Yahudi.

Imej bangunan kubah emas yang anda lihat itu ialah Dome of the Rock (atau Masjid Umar), manakala Masjid al-Aqsa pula dikatakan bangunan berkubah perak hitam yang terletak tidak jauh dari Dome of the Rock. Jadi, mana satu al-Aqsa?
Masjid kubah perak kehitaman, tidak jauh dari Dome of the Rock

Jika dikatakan Dome of the Rock itu sebagai bukan al-Aqsa, maka kita silap. Jawapannya, ia juga al-Aqsa kerana berlaku peristiwa Nabi Muhammad diangkat ke langit di satu tapak dalam Masjid Umar itu.
Jika dikatakan masjid berkubah perak hitam yang berada di sebelah Dome of the Rock itu sebagai al-Aqsa, maka tidak juga silap kerana namanya sebagai al-Aqsa sudah lama diketahui penduduk sekitar Jerusalem. Maka mana satu al-Aqsa yang sebenar? Jawapannya, seluruh kawasan yang menempatkan Dome of the rock dan masjid kubah perak kehitaman itu adalah al-Aqsa. Ia satu kawasan, bukan satu bangunan.
Tetapi, kita asyik disogok dengan imej Dome of the Rock sahaja sebagai al-Aqsa, ia adalah untuk mengalih perhatian umat Islam seluruh dunia terhadap lokasi sebenar Masjid al-Aqsa yang pernah dilawati Nabi Muhammad dalam peristiwa Israk Mikraj. Kerja penggalian oleh Yahudi di Masjid al-Aqsa yang berkubah perak hitam terus dijalankan tanpa banyak halangan kerana penglihatan majoriti umat Islam sudah dialihkan kepada Dome of the Rock. Maka, setiap kali timbul isu protes di kalangan umat Islam Palestin terhadap penggalian Masjid al-Aqsa oleh Yahudi, kita akan ditunjukkan imej Dome of the Rock. Penggalian itu pula diberikan alasan sebagai untuk tujuan cari gali sejarah dan arkeologi theologi.
 Logistik peralatan kerja penggalian di Masjid al-Aqsa

Kembali kepada kerja penggalian di tanah yang dijanjikan. Terma ‘raja yang dijanjikan’ dan ‘tanah yang dijanjikan’ ini tidak terdapat dalam kepercayaan Yahudi Ortodox, melainkan hanya terdapat dalam kepercayaan Yahudi Zionis Gnostic. Doktrin itu hanya dipercayai oleh golongan Yahudi penyembah syaitan sejak zaman Babilon dan Mesir purba serta para Yahudi penganut agama pagan dari zaman awal sejarah kesesatan.

Minda kita dikawal dengan teratur..sudah nampak sedikit? Kita masuk pula ke sudut lain yang juga mistik pada dasarnya.

Dalam kepesatan dunia moden hari ini termasuk di dunia Islam dan dunia Barat, berapa ramai yang percaya dengan kewujudan hantu, syaitan dan alam ghaib? Jawapannya, sudah tidak ramai yang percaya dan ramai pula mempersoalkan kewujudan makhluk ghaib dengan meminta penjelasan sains moden.
Ramai di kalangan ‘cerdik pandai’ yang mengatakan gangguan histeria adalah disebabkan masalah tekanan perasaan walaupun mangsa histeria itu berkali-kali memberitahu bahawa dia ternampak hantu atau makhluk yang menakutkan sehingga menyebabkan dia menjerit ketakutan. Hantu juga adalah dari bangsa jin dan syaitan.

Kaedah perubatan psikologi moden cuba untuk menidakkan kewujudan makhluk ghaib dalam kes histeria dengan menggantikan ia dengan terma tekanan perasaan. Malah, seorang pakar motivasi di Malaysia yang beragama Islam (tidak perlu sebutkan namanya) juga mengatakan ia bukan disebabkan gangguan makhluk halus, melainkan ia adalah kesan tekanan perasaan.

Sebenarnya dalam perancangan Illuminati, mereka cuba untuk membuatkan manusia tidak percaya kepada kewujudan makhluk ghaib (termasuk syaitan dan makhluk ghaib yang sama jenis dengannya). Oleh itu, mereka mewujudkan cabang ilmu baru iaitu ‘psikologi’ dan ‘psikiatri’ atau bahasa mudahnya ilmu perubatan sakit jiwa. Maka, setiap ubatan yang dibekalkan untuk merawat pesakit jiwa (kadang kala pesakit itu tidak benar-benar gila) akan menyebabkan seseorang itu menjadi benar-benar sakit jiwa, kesan daripada ubat kimia dadah yang diberikan. Ia adalah strategi menggilakan orang untuk menutup persepsi terhadap kepercayaan manusia terhadap kewujudan syaitan, supaya manusia tidak menentang syaitan.
Perubatan psikologi moden hanya mementingkan unsur logik
dengan menolak elemen mistik, secara langsung menjerumuskan
manusia ke kancah penafian terhadap kewujudan Tuhan
Tidak mempercayai kewujudan syaitan juga akan membawa kepada kesan kepada tahap keyakinan manusia terhadap kewujudan Tuhan. Kesannya, manusia mula mempersoalkan kewujudan Tuhan.

Apabila manusia sudah tidak mempercayai kewujudan syaitan dan lebih mempercayai sains moden, maka secara automatik minda manusia berjaya dikawal dari segi jiwa. Mereka menguasai jiwa manusia, menguasai kepercayaan manusia. Nampak semua ini? Ini bermaksud para cerdik pandai dalam sains dan psikologi juga sudah dikawal minda, tetapi dengan syarat iaitu hanya jika mereka menolak kepercayaan terhadap kewujudan syaitan yang menjerumus kepada mempersoalkan kewujudan Tuhan. Matlamat mereka ialah untuk menjauhkan manusia daripada Tuhan dan agama.

Malah, golongan Illuminati yang terlibat dalam bidang perubatan juga kini cuba menjadikan kaedah hipnotik (pukau) sebagai salah satu daripada sains perubatan moden. Sedangkan pukau itu adalah sihir, dan sihir itu amalan syaitan.
Kaedah hipnotik ini dikatakan mampu menenangkan fikiran pesakit (trauma) kerana ia boleh menjadikan minda kosong buat seketika. Bahaya apabila minda menjadi kosong, kerana pada masa itulah syaitan akan cuba menguasai minda melalui saluran darah. Ia adalah strategi terancang antara syaitan dengan agenda para penyembahnya.
Sel Darah Merah
  
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Terdapat mesej berguna dalam hadis Rasulallah ini, iaitu syaitan bergerak melalui saluran darah dan perjalanan syaitan menjadi sukar jika kita berlapar. Secara fitrah, manusia akan ligat berfikir ketika lapar. Ia termasuk berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan makanan (jika tidak berpuasa), atau sentiasa mengingati Allah dan akur dengan rezeki yang ditetapkan-Nya.
Hipnosis atau Pukau
Langkah mengingati Allah menandakan minda kita tidak kosong, maka syaitan sedikit sukar untuk menguasai minda kita. Jadi, motif utama hipnotis ialah untuk mengosongkan minda manusia supaya mudah dikawal.

"Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari Aku". (Quran, Al-Baqarah: 152)
-

Lihatlah bagaimana minda kita dikawal dari segi nafsu seks (kelemahan utama manusia), pemakanan, penglihatan dan jiwa kita. Janganlah kita terus menjeratkan diri dalam sistem ini, sekali minda dikawal, kita akan terus terjerat dalam sistem Dajjal. Bebaskan minda, hiduplah dengan bebas dalam jalan lurus yang ditunjukkan Muhammad, ini kerana Islam diturunkan untuk membebaskan manusia daripada kesesatan dan kebodohan.

Dan, amalan yoga juga bertujuan untuk mengosongkan minda walaupun pada kasarnya dikatakan untuk meningkatkan koordinasi antara minda dan tubuh serta mengekalkan kesihatan dengan langkah merehatkan minda yang kosong. Yoga adalah amalan dalam agama Hindu. Cukuplah jika kita bersolat 5 waktu kerana khasiatnya jauh lebih baik daripada yoga.

No comments:

Post a Comment